KOTA BHARU- Kelantan negeri pertama di negara ini
mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR)
dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama
Sultan Muhammad V, malam kelmarin.Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam
With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali
diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat
Isyak dan Tarawih bersama rakyat.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pada program tersebut juga Tuanku perkenan menyampaikan zakat RM200
seorang kepada 1,433 asnaf seluruh negeri ini dan pada jam 11 malam,
tazkirah diadakan oleh Ustaz Azhar Idrus.Pegawai MBOR, Zuhairi Mohammad
Zain berkata, pengiktirafan itu diberikan kerana program itu mencapai
jumlah sasaran dan syarat minimum yang ditetapkan MBOR iaitu minimum
5,000 peserta.
“Program seperti ini pertama kali dianjurkan di negara ini dan Kelantan
satu-satunya negeri yang melakukan Qiamulai secara besar-besaran yang
membabitkan penyertaan yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini
semalam.
Zuhairi berkata, penganjuran program seumpama itu dapat mengimarahkan aktiviti keagamaan di negara ini sekali gus menghidupkan semangat untuk berqiamulai.
“Pelbagai rekod bersifat keagamaan dicatat sebelum ini iaitu membaca al-Quran dalam tempoh yang lama iaitu 100 jam, begitu juga agama lain kita akan bagi pengiktirafan sekiranya ingin melakukan aktiviti untuk mencipta rekod,” katanya.
Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihadin Tengku Feissal berkata, program tersebut anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, bersama Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.Beliau berkata, anjuran seperti program sedemikian merupakan satu langkah baik untuk mengeratkan silaturahim antara Kerabat Di Raja Kelantan dengan rakyat setempat.
No comments:
Post a Comment