28 February 2013

Cara Nabi Muhammad S.A.W perangi Syaitan



Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Muhammad S.A.W, beliau bersabda:

"Semalam jin ifrit muncul kemudian meloncatku dengan tujuan memotong solatku, namun Allah berkenan memberiku kemampuan untuk menahannya. Ketika aku ingin mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga kalian semua bisa melihatnya, aku teringat doa saudaraku, Nabi Sulaiman AS, 

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku" (Surah Shaad [38] :35)

"Oleh kerana itu, aku membiarkan pergi menjauh." (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Ad-Dardu'RA, ia berkata,"Suatu ketika Rasulullah S.A.W bangkit melaksanakan solat, lalu kami dengar beliau berdoa,

"Aku berlindung kepada Allah darimu,aku kutuk kau dengan kutukan Allah!" sebanyak 3 kali. Beliau lantas menghulurkan tangannya seolah-olah hendak meraih sesuatu. Selesai beliau solat, kami pun bertanya, "Kami lihat pada waktu solat engkau mengucapkan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelumnya, lalu kami lihat engkau menghulurkan tangan.(Ada apa gerangan?)" Beliau menjawab,

"Tadi musuh Allah, Iblis, datang membawa binatan berapi dan meletakkanya dihadapan wajahku. Oleh kerana itu, aku segera membaca, "Aku berlindung kepada Allah darimu, sebanyak 3 kali. Kemudian aku membaca, Aku melaknati dirimu dengan laknat Allah yang sempurna. "Namun ia belum mundur juga setelah aku membacanya sebanyak tiga kali, maka aku bermaksud menangkapnya. Demi Allah, jika bukan kerana doa saudara kami, Nabi Sulaiman, nescaya ia sudah terikat dan menjadi mainan anak-anak kecil penduduk Madinah"." (HR. Muslim dan An-Nasa'i)

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al Khudri RA, ia mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah S.A.W bangun dari tidur, lalu beliau solat Subuh. Saat itu aku berada di belakang beliau. Beliau kemudian membaca bacaan solat namun bacaan beliau kacau balau. Selesai solat beliau bersabda:

"Andai kamu melihatku ketika iblis datang mengangguku, aku meraihnya dengan tanganku, kemudian aku terus mencekiknya sampai aku rasakan dingin liurnya di kedua jariku ini, ibu jari dan jari sebelahnya(jari telunjuk). Kalau bukan kerana teringat doa saudaraku, Sulaiman, nescaya ia sudah terikat di salah satu tiang masjid dan menjadi mainan anak-anak kecil madinah. Oleh kerana itu, barangsiapa diantara kamu boleh membuat dirinya dan kiblat tidak terhubungi oleh seseorang, maka lakukanlah." (HR Ahmad)

Diriwayatkan dari Abu At-Tayyah, ia berkata: Aku pernah bertanya kepada Aburrahman Bin Khanbats RA yang saat itu telah berusia lanjut," Apakah engkau pernah bertemu Rasulullah S.A.W?" Ia menjawab, "Ya". Kemudian aku bertanya lagi," Apa yang diperbuat Rasulullah S.A.W pada malam beliau diperdaya oleh jin?" Ia menjawab, "Malam itu syaitan-syaitan turun dari lembah dan bebatuan karang, mengelilingi Rasulullah S.A.W. Di antara mereka ada seekor syaitan yang memegang bara api yang ingin membakar wajah Rasulullah S.A.W. Jibril lalu segera turun mendatangi beliau lantas berseru, " Hai Muhammad, ucapkanlah!" Beliau membalas, apa yang harus aku ucapkan? Jibril berkata, "Katakanlah,

"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhlur yang diciptakan, dijadikan dan dititahkanNya. Aku juga berlindung dan kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik ke langit, serta kejahatan fitnah-fitnah siang dan malam dan dari kejahatan setiap malam kecuali malam yang mendatangkan kebaikan, wahai Tuhan Maha Pengasih." "Api itu pun langsung padam dan Allah benar-benar telah mencundangi mereka" (HR. Ahmad)

No comments: