Hari Pertama berjumpa, kami memakai baju yang sama warna iaitu baju berwarna kuning. Keesokkan harinya kami berjumpa lagi dan berborak-borak seperti biasa. Namun masing-masing tidak mengenali nama antara satu sama lain. Seminggu kemudian aku mula mengorak langkah dengan bertanyakan latar belakangnya. Sedikit demi sedikit aku bertanyakan dan kadang-kadang aku bertanyakan soalan yang tak sepatutnya aku tanya. Aku mahu bertanyakan statusnya samaada dia sudah dimiliki orang atau belum tapi tidak mampu ku tanya kerana takut jika dirinya sudah dimiliki.
Namun untuk mengelakkan kekecewaan tersebut,aku bertanyakan soalan lain. Hanya sekadar berbual-bual supaya salah seorang daripada kami tidak merasa bosan antara satu sama lain. Ciri-ciri rohani dan jasmaninya membuatkan aku tertarik dengannya. Semakin hari semakin kuat tarikan itu.
Namun pada suatu hari, aku dia memberitahu bahawa dia akan bertukar tempat kerja dan aku sudah tidak ada masa yang singkat untuk “melamar”nya. Dengan kesibukan tugasan harian aku. Aku merasakan masa semakin suntuk dan aku terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan nombornya. Namun aku terpaksa meminta bantuan boss ditempat kerjanya, namun bossnya ragu-ragu untuk memberikan no telefon kepada aku. Namun aku memahami.
Pada hari terakhir aku berjumpannya aku memberikan kad perniagaan aku kepadanya agar suatu hari nanti dia akan terbuka hatinya untuk menghubungi aku suatu hari nanti.
7 comments:
ceh..
ko pass kat aku ler budak tu..
ko tengok camne aku settle-kan..
ha ha ha..
ops!!
klu ko settle,aku yg saje....
hoh sampai sudah tak dapat nombor ker? hhe
tak dapat...dia nak aku berusaha lebih kuat @ dia sudah ada bf...........
pass kat aku ler..
=P
metal,syoh2..
g maen jauh2..
org dah kahwen out of service..
wakakah..so pass kat aku j laa...
huahaha...
haha...korang kena langkah mayat aku dlu klu nak dptkan dia...huhu
Post a Comment