09 August 2009

Talentime


Semalam aku tengok cerita talentime yang aku download kt torrent.jiwang....ternyata pada mula cerita ini agak membosankan aku. tengok kemudian berhenti, kemudian sambung balik. Hehe... lepas tu malam semalam aku habiskan ceritanya memang best ending. Mungkin ramai orang tidak sukakan dengan karya Yasmin Ahmad sebab tak paham ceritanya dan permulaannya pn agak memboringkan.

Aku nak cerita balik tak pandai sebab melibatkan beberapa scene yang berbeza. Ini synopsis yang aku copy n paste. Hehe

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati -Melur (Pamela Chong), seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India bernama Mahesh (Mahesh Jugal Kishor). Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah (Adibah Noor). Begitu juga Hafiz (Mohammad Syafie Naswip), memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu (Azean Irdawaty) yang dirawat di hospital kerana menghidap barah otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya. Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itulah yang mengubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Ceritanya ringkas sahaja tentang pertandingan nanyi.Pada endingnya memang best coz banyak pengajan. Sesetengah orang akan melihat cerita ini tergantung cm tu jek. Namun aku rasa Yasmin Ahmad mahukan penonton memikirkan sendiri apa yang berlaku selepas ini. Congratulation to Yasmin Ahmad dan takziah kepada keluarga Yasmin.

Walaupn aku rasa aku tak suka dengan karya Yasmin Ahmad, tapi aku suka dengan cerita-ceritanya sebab ada banyak isi tersirat berbanding isi tersurat.

Lagu dalam movie ini pn best-best jugak. Sesape nak dengar download lagu ini dengan link rapidshare dibawah

http://rapidshare.com/files/265152802/Talentime_OST.rar

No comments: