Tadi on the way aku balik ke rumah,ada laa aku dengar satu radio x-fresh kot. Satu rancangan mengenai ala-ala nak kenakan orang laa.Tapi bukan rancangan mengenakan masyarakat,tp mengenakan pasangan orang yang bercinta, ada pakwe dan ada makwe dan ada Dr. Love sebagai pemain peranan mengenakan dengan orang tersebut.
Yang menarik perhatian aku tentang rancangan ini tadi, Dr. Love mengaku abang kepada seorang makwe, so kira Dr. Love ini call pakwe dia ini nak warning ke haper benda aku pn tak tahu laa...katanya pakwe dia nie bawak balik awek dia sampai kul 2@3 pagi. Kemudian si pakwe itu pn balas balik laa,selama ini mak bapak dia tak bising, abang dia pulak yang bising. Si pakwe ini sebenarnya panas baran. Time tepon bunyi cm gengster jek,cakap "Lu","Gua" dan sebagainya...
Yang membuat aku termenung, orang zaman sekarang dah tak seperti orang zaman dahulu. Kemana hilangnya sikap orang Melayu kita. Bawak kuar awek sampai pukul 2,3 pagi. Parent pulak tidak peduli anak perempuannya kuar sampai kul 2,3 pagi. Jikalau perkara ini benar-benar berlaku, dan aku percaya perkara ini betul-betul berlaku dikalangan masyarakat kita, apa yang akan terjadi? Pakwe melawan balik kata-kata abg makwe ini. Elok kah orang ini dijadikan pakwe seterusnya dijadikan suami? Adakan makwe ini hanya mahu setakat pakwe-makwa...tidak mahu sampai ke jinjang pelamin?
What happen to our culture?
1 comment:
memang dah bengong
Post a Comment