09 July 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Selepas patahnya hati ini, akhirnya tuhan telah mengantikan dengan yang baru. Alhamdulillah. Cepat betul...

Al-kisahnya petang tadi, time tengah termenung seorang diri depan PC, tetiba satu msg sampai. Ingatkan dia dh, malas nak reply klu dia. Alih-alih kawan aku yang telah 4bulan menghilang. Kitaorang kawan sejak tingkatan 4 lagi dan sampai sekarang sehingga dia kawen. Memang tepat pada waktunya. Lepas cete sedikit sebanyak,tp dia xcete apa pn,hnya ckp bru lepas kecewa. Dia pn "Ooo". Dia kata semalam dia mimpi aku ada masalah. Sebab tu dia sms aku bertanyakan khabar. Ajaib sungguh.

Tanya dia cm mna kawen,dia kata best kawen dan bla bla bla... hehe. Dipendekan cerita dia nak ketemukan aku dengan adiknya laa pendek cerita. Hehe. Tak tau laa pulak betapa kuatnya pengaruh aku terhadapnya. Ingatkan terus lupa bila dh kawen. Aku pn xambil tau laa kawan-kawan pompuan aku yg dah kawen. Nanti jadi kes pihak ketiga. Aku xmo bertanggungjawab. Lepas dia kata dia nak intro dengan adiknya, so aku ckp tunggu dulu lah,coz tak kenal maka tak cinta. Chewah. Tp aku nie susah sikit nak berkenan kat orang lain. Takut pisang berbuah 3 kali. Tp aku pelajar apa yang amat penting walaupn jangka masa itu hanyalah sementara.

Katanya lagi, mak dia pn suka kat aku. Aku pelik, sampai cm tu sekali ke pengaruh aku. Aku bukannya wat apa-apa pn kat kawan aku tuu. Aku xpaham laa org-org tua nih. Bukan mak kawan aku tu jek suka ng aku untuk dijadikan menantu, malahan tauke cafe kat site aku pn dok panggil aku anak saudara. Hehe... Ibu kepada ayu pn suka kat aku. Tauke cafe tu siap suh aku ambil no telefon maknya. Takut seh aku nak wat cm gitu. Klu direct ke tuannya takpe laa jugak. Ini kena lalu roadblock dulu. Haha.X nk lah aku,lagipn ayu tu bru 19 thn. Lower SiX...

Ini lah dikatakan Patah tumbuh hilang berganti. Aku bersyukur kepadamu ya-Allah

2 comments:

Zack Zaifull said...

aju ke adik aju yang taknak ni??

ZuL said...

dua2 lom offer lagik... ini org laen