YUNUS Bin Ubaid dari Al Hasan berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang disebelah kiri."
Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan: "Apakah yang harus aku catat?" Maka berkata yang disebelah kanan: "Jangan kamu catit dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa."
Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi: "Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catatkan?" Berkata malaikat yang disebelah kanan: "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda, oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat."
Apabila syaitan mendengar yang demikian maka dia pun menjerit sambil berkata: "Kalau macam itu bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam."
Sumber : Himpunan Kisah-Kisah Malaikat
Pengarang : Muhammad Isa Selamat
No comments:
Post a Comment