11 March 2008

Al Kisah Kerajaan 3 Beranak +1

Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu merampas Kelantan? Ceritanya yang kita sering dengar ialah supaya dia dapat buktikan kepada UMNO bahawa dia sememangnya Pemimpin Ulung yang berjaya menumpaskan PAS di Kelantan, sesuatu yang Mahathir dan KuLi sendiri tak mampu buat. Tapi itu memanglah cerita asalnya. Tapi yang ramai tidak tahu ialah cerita berbingkai yang sebenarnya lebih penting bagi Abdullah dan anak menantunya.

Maka hari ini, berpeluanglah kita melihat sendiri cerita sebenar Al Kisah Kerajaan 3 beranak iaitu kisah Abdullah, anaknya Kamaluddin dan menantunya Khairi Jamaluddin. Tetapi sebenarnya ada seorang lagi yang memain peranan penting dlm operasi Kerajaan 3 Beranak ini. Namanya ialah Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi. Kiranya , si patrick ini dh macam anak Pak Lah sendiri.

Kalau di Pulau Pinang, orang semua tahu cerita pasal si Patrick ini. Kalau di Terengganu juga, di lagi dikenali. Dia lebih penting dari Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu. Patrick Badawi ini adalah Menteri Kewangan ke 3 yang memikul tanggungjawab tugas-tugas khas.

Tugas-tugas khas ialah untuk mengurus tadbir atau dlm bahasa kampung untuk memikir mcn mna nak hbskan duit royalti minyak yg dibayar oleh Kerajaan Pusat kpd Trg yg berjumlah Rm1.2 billion setahun(RM1,200,00,00.00). Patrick adalah oranya yang bersusah payah nak bebelanja duit itu.

Patrick Badawi ini ialah Mat Salleh dimana dia juga adalah Ketua Jurutera F1 bagi Ferrari dan dimasa lapangnya dia gemar membawa tunangnya ke Seri Perdana untuk berpelisiran dengan PM dan juga gemar pergi bercuti sambil belajar menangkap ikan dengan PM di Australia

Jadi siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.

Patrick Lim juga mempunyai hubungan erat dengan seorang lagi menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin.

Tugas utama patrick Lim adalah sebagai Menteri Kewangan ke 3 yang mengendali hal ehwal wang ehsan untuk rakyat Terengganu yg berjumlah Rm1.2 billion setahun.

Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup dan Taman Islam Hadhari di Trg atas tiket membangunkan Trg walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak. Patrick Lim juga bertanggungjwb membawa segala bentuk keraian,hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan tiga Beranak sentiasa gembira.

P/S: Cerita ini aku dapat dari risalah yang diedarkan.Aku pn pernah dgr nama Patrick Lim tp tak tau apa fungsinya.Risalah ini banyak mempunyai gambar yang menunjukan bukti menteri-menteri berfoya-foya di Seri Perdana Terengganu...gambarnya aku tak dpt nak up sbb takde scanner....

No comments: