29 June 2008

Settle Jugak Masalah Streamyx

3 minggu lepas, streamyx aku bermasalah.Apa masalahnya? each time aku surf internet,kejap putus,pastu sambung balik. Aku ingat ada maintanance apa. Dh 4 hari berlarutan,last-last aku call.Sebelum ini aku belum pernah ada lagi gangguan cam ini. So call laa. Keesokkan hari,orang-orang telekom datang repair. Repair-repair rupanya soket telefon aku sudah berkarat tahap hijau, Haha.Al-maklum lah,sejak pasang line telefon dalam bilik baca,tak pernah tukar @ buat sebarang maintanance. So orang telekom tukar soket,kemudian ok.

Ia ok sekejap jek,tak lama,2 hari lepas terjadi lagi gangguan streamyx. Yang aku pelik,aku on wireless laptop aku,modem Aztech aku terus disconnect(dc). Kalau pakai cable(LAN) ok pulak,Cuma slow sikit laa. Dah 40x reset modem,secara manual@automatik,hardcore@softcore. Penat jugak mencari apa masalah modem router Aztech aku nie. Last-last, mintak tolong taiko Vax. Dia try auther2 sampai pukul 4 pagi,last dia pn cakap dia pn surrender jugak. Haha. Dia suggest cm suruh beli baru. Hehe. So aku pn beli yang baru laa,sebab modem aku tu sudah pada bulan January 2007. Dh setahun lebih aku bersama modem aztech aku. Akhirnya aku berikan kepada kakak aku. Kalau pakai cable takde masalah,cuma wireless sahaja yang bermasalah. So pn xperlu pakai modem cikai dari streamyx tu. Upgrade sikit. Hehe.

So hari pagi tadi aku keluar pergi ambil duit simpanan ptptn aku yang ada lagi untuk beli router modem yang baru. Aku beli brand Linksys coz ramai member-member aku rekemen Linksys, tapi aku bercadang nak beli Belkin. Bagus jugak product belkin cos warranty life-time. Kalau kena kilat pn under-warranty lagi product dia. Then aku pergi laa ke KB Mall nak cari product Linksys @ Belkin. Linksys kat KB Mall agak susah sikit nak cari. Begitu juga dengan Belkin.Aku tanya 3/4 kedai product Belkin,diaorang cakap tak pernah dengar product tu. Biar benar. Then ada satu kedai cina nie ada laa jual product Belkin, ada 2 brand,tapi quite mahal sikit laa.1 model tu dalam Rm299 dan satu lagi RM799. Beza antara 2 model itu ialah signal dia. Itu jek. Aku sikit jek lagi nak beli,tp cina tu cm nak jual dan tak nak jual. Lepas tu aku perhatikan product yang harga RM299,signal hanya dalam bilik sahaja. Yang Rm799 sampai luar rumah. So nasib baik aku tak jadi beli. Last-last aku pergi PC Depot,beli Linksys. Jurujual pn berpengetahuan tentang product yang aku nak beli itu walaupn jawapan dia yakin dan tak yakin.Hehe. Takpe laa.Melayu sama Melayu... Lama-lama expert lah mamat tu. Namun aku tak berpuas hati sungguh dengan saler kat KB Mall. Newbies lagi...dah laa newbies,lepas tu jual cm takde hati nak jual. Aku pergi pagi,bukannya petang(waktu penat). So kat PC Depon aku beli router modem brand Linksys WAG200G
Wireless-G ADSL Home Gateway
The All-In-One Solution for Internet Connectivity
  • ADSL2+ Modem, Internet-sharing Router, 4-Port Switch and Wireless-G Access Point in one box
  • High-speed ADSL2+ Modem gives you a fast, "Always On" connection to the Internet
  • Connect your home PCs and other wireless devices to the Gateway and the Internet using the built-in Wireless-G Access Point, or connect directly with the 4-port Ethernet Switch
  • Advanced Firewall, Content Filtering and Security features protect your PCs, your data, and your family


Kemudian balik tu setup sambil-sambil main dengan Adik Uuu-Ya(Anak sedara yang cute,happly ever after). Kemudian orang telekom itu datang nak repair line telefon sebab takde dail-tone kat telefon. Check punya check,rupanya ada wayar putus dipertengahan jalan. Kena makan dengan serangga laa...Hampes betul. So sekarang dah boleh surf internet dengan smooth and hope takde lagi gangguan streamyx. Penat jugak la hari ini

7 comments:

Anonymous said...

Oooooooo....nape xguna stimix nyer modem jek...

ZuL said...

stimixnya modem xde wireless...i suka wireless..so xserabut ng wayer-wayer n i can online in my room

Anonymous said...

okey ker bro? tu yg ngko beli tu modem+wireles routers ker atau wireless router jer? aku pernah pakai aztech nyer wireless router. tapi sensetif sangat. kena kilat sket jer terus kong. cam haram.

ZuL said...

yg nie modem+wireless+router...aztect dh tak sepopular dulu. linksys ng belkin tgh naik. tp org kata linksys bagus sekarang. klu belkin,kena kilat pn underwarranty lagi...tukar 1 modem klu ada apa2 rosak.lifetime pulak tu.tp mahal sikit compare dgn yg lain

inciktaktaopape said...

nape xgune je dlink..??
hehehe

Anonymous said...

nak try gak la... skang nih bila wireles router aku kena kilat, aku kembali ke modem telekom (Kasda) dengan switch d-link. berselirat dengan RJ45 nyer cable. arghh!! tention. Dalam rumah ni ada 2 pc, 1 laptop. kekadang bila adik aku datang, tambah lagi 1 laptop. imagine la dia nyer wayar camana.

dia nyer internet coverage camana bro? laju tak? huhuhu

Anonymous said...

-dlink xberapa minat sbb dh ramai org pki d-link...hehe

-line dia laju jgk compare ng aztect.Klu nak yg lagi luas coverage beli yg N series...aku xbeli N series sbb tak cukup Rm13 dlm wallet...terpaksa laa beli yg router G series biasa nih..