13 March 2009

Percutian 3 hari 2 malam

3 hari yang lepas amat memenatkan kerana aku ditugaskan untuk menjaga testing selama 48jam. Bermakna aku kena keja 48jam non-stop. Maknanya lagi,aku kena ada kt site selama 48jam. Fuh...memang memenatkan lah.

Testing yang dibuat ialah test "Maintain Load Test". Test Maintain Load Test(MLT) ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan batang pile samaada batang pile tersebut akan turun lagi atau tak. Batang pile untuk kali ini boleh menanggung sebanyak 50 tan dan untuk test MLT,kami kena menggunakan 2x lebih banyak dari tanggungan asal batang pile yakni sebanyak 100 tan. Kalau batang pile boleh support sebanyak 60 tan, so beban yang ditest ialah sebanyak 120 tan. Berat gak tuh.

Itu ialah form untuk MLT form dimana semasa loading selama 12 jam, setiap 15minit akan dicatat rekodnya manakala selepas beban cukup 100tan akan dimaintain selama 24 jam dan bacaan direkod setiap 1 jam. Testing MLT yang aku buat bermula pada 4pm(10/3) hingga 4pm(12/3). Huh...penat gak.

Bila tiba malam aku tido laa kt site office dengan tilam yang aku buat sendiri. Bernasib baik juga kerana ada air-cond dan internet. Hehe,boleh jgk hilangkan rasa boring. Hehe.


Katil yang aku buat sendiri... tido dicorner office. Ingat nak tido ng orang piling,pastu teringat aku ada bawak duit yg aku lupa nak pergi bank in 3 hari yang lepas,karang hilang,mana aku nak cari ganti.

Malam pertama tido dengan kurang nyenyak pasal 1001 perkara difikirkan...al-maklum lah tido kt kabin sorang2, sorang lagi kena jaga pile. Siang dh kepenatan,malam pn memenat jgk. Pagi esok tu pulak drive kereta balik office...tgh-tgh drive boleh lak terfikir klu tido time drive nih,best gak...skali xcident boleh dpt MC free-free... haha..giler pulak otak. Lepas settle keja kt office,balik pulak kt site office. Tido dlm 1/2 jam kt site office...syok giler. Haha...

2nd malam tu pulak,tido dengan jayanya aku dh tak peduli hantu ke haper ke,janji aku dpt tido dengan cukup..bangun2 kul 6. Semalam bangun kul 4.

Pada hari ari nie,jumaat semalam tido pukul 11.30 lepas chat ng sting...time tu mata dh berat nak memandang laptop,bahu pn lagi berat nak support..hehe... apa lagi,tidow... Bangun-bangun dh kul 10.00 seb baik ler ayam serama xkejutkan aku pagi tadi. Klu tak,mmg tak cukup tido lagi....ngantuk lagi lak pulak...sambung tido lagik...

No comments: