29 July 2009

Hana Yori Dango 2 OST






Download:

http://rapidshare.com/files/261106604/Hana_Yori_Dango_II_OST.rar

28 July 2009

Silent Injuries

Hampir seminggu aku mengalami sakit kaki..sakit pada ibu jari kakiku. Entah kenapa tetiba rasa sakit. Ingatkan tersepak apa-apa kt tapak ke,tp rasanya takde laa pulak tersepak. Lepas tu aku suspek aku aku pakai safety boot yg aku ketat @ kaki ku semakin membesar...erk...aku makin membesar lagi kew?hahaha...

Aku ingat klu aku xpakai safety boot tu ingat akan hilang sakit kaki,rupanya makin sakit ada laa...nak sujud time sembahyang pn sakit,apa lagi nak jalan...kalau jalan nampak cm org tempang. Huhu. Lepas tu pada hari Jumaat lepas aku ingat nak pergi laa mengurut somewhere kt Pasir Tumbuh...tp entah cam mana miss communication ng tukang urut ng wife dia, xjadi laa nak mengurut kaki aku. Lepas tu pada keesokkan harinya aku abg ipar aku ajak pi mengurut ng kawannya. So aku nak try laa...

Janji malam tu nak mengurut tapi time tengah menunggu giliran nak mengurut pada malam keesokkan tu aku dapat berita dari ayah aku nenek aku telah meninggal. Inanillah, so terpaksa postphone mengurut kaki aku n bergegas balik ke kg. Bukannya jauh pn kg aku. Dalam setengah jam jek dari rumah aku. So terpaksa laa menahan sakit kaki ini lagi untuk sehari.

Kemudian keesokkan harinya lak, mmg set lah nk gi betul2 lepas maghrib coz lepas isyak ada majlis tahlil arwah nenek aku. Tup-tup aku lah orang pertama sampai. Huhuh... akhirnya dapat gak mengurut dan tahan laa sakit kaki aku nie. Dalam 2 @ 3 hari akan recover silent injuries

18 July 2009

Siapa Kata Sekarang Susah Nak Dapat Kerja

Siapa kata sekarang susah nak dapat kerja? tak kira laa dalam apa-apa bidang...bidang computer ke,bidang engineer ke,bidang tenaga mengajar ke dan sebagainya...

Apa yang penting usaha dan tabah dalam mencari kerja. Nak cari kerja nie tak leh berkira sangat. Kalau kita berkira sangat memang susah laa kerja. Kena sacrifice laa untuk cari kerja. Bila dah dapat kerja banyak-banyak bersabar.... tahan kena maki dan sebagainya...

Ini nak cerita bukan nak tunjuk ke apa, tp harap-harap leh jadi semangat kepada yang tengah tanam anggur.

Sewaktu aku pi interview ng JKR ada satu syarikat kontraktor class A call aku untuk pergi interview kat pejabatnya. So aku pergi laa sekadar nak cukup syarat. Kalau tak pergi, nanti takut kena blacklist lak dalam website MalaysianJobs.com. So aku pergi laa...dia tanya soalan macam biasa laa. Aku pn tak mengharap sangat aku akan dapat kerja coz ada orang lain yang pergi interview. Tapi semuanya perempuan. Aku ingat ada org lelaki dan ramai orang yang pergi. Coz dulu time aku pi interview ngan MSO Corporation dekat ng 7-8 org datang interview. Tapi kali ini yang datang hanya 3 orang sahaja dan aku telah terpilih. Huh, tak sangka lak terpilih. Mungkin aku sorang lelaki kot, yg lain2 pompuan...huhu

Sekarang selepas dapat offer aku dalam delima lak. Delima yang cm mana?

1) 2/7 aku dapat kerja ng Keltrade dan 1/8 aku perlu lapor diri ditempat kerja baru. So baru jek sebulan kerja ng Keltrade sudah tukar kerja ke company lain. Isk apa kata worker lain lak

2) Projek ng company Salabumi nie dh delay dan baru dapat 1st Extension Of Time(EOT). So nak achieve 2nd EOT kena up progress kerja dari 55% to 85% dalam tempoh 3 bulan. Masak tu beb...TAPI projek buat MRSM skg, akan siap dalam masa 2 bulan lagi kalau diikutkan start bulan 7. Lepas tu kalau siap, akan diinterview balik oleh big boss untuk next project. Atau projek MRSM akan diterminate.

3) Dari segi gaji...semua sama jek gaji

4) Kalau tak silap site lagi dekat daripada sekarang. Site sekarang ada tepi pantai dan agak jauh...ambil masa 45 minit untuk sampai. Kalau site baru nie mkn masa 20-30 minit jek

So cam mana nie ?

15 July 2009

Fours

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
Zul
Palembang
ZaaG
Mat Ju

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
12th Dec
9th Oktober 2008
31th Ogos (Cuti Merdeka)
Cuti-Cuti Raya


FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :
Turun dapur minum air
Dok establish pc baru nih
cuci gelas yang telah digunakan
update blog

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
Surfing
Driving time ujan lebat...syok giler
Main air hujan
Bangun lewat

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
My XXX
My ex-school mate
My ex-uni/collage mate
My chatting frenz

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
A watch
Brand New Ferrari/BMW 7 series
Love
Bunch of money worth unlimited value

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
Tido
Surfing
Makan
Shopping ng kwn2

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
London
Barcelona
Pangkor
Paris

FOUR FAVOURITE DRINKS :
Ice Lemon Tea
Neslo
Fruit Juice
Ice Tea

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :
Duet
IC
Driving license
CIDB Card

FOUR FAVOURITE COLORS :
Red
Blue
Green
Yellow

TOP FOUR HANGOUTS :
KFC
KB Mall
Low Yat
Midvalley

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
My Family
Me
Myself
Who that care's and love me... You know who that is...hehe

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
My money
My Car
My Laptop/PC
My birthday/raya cards..hehe

TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED:
Siapa yang gelakkan aku tadi sewaktu baca yang diatas
Siapa yang rasa malas nak baca
Siapa yang baik
Siapa yang BACA

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
Ab310 paksa aku balas
Saje suka-suki
Perkenakan orang lain pulak
Habiskan masa yang berfaedah....

P/S: Kenapa 4 jek...tak 5 ke,6 ke,7 ke... teringat lak aku ng F4

13 July 2009

New Red Baron Platform


Processor : AMD Phenom II X4 940(3.01 Ghz)

Ram : 2 x 2Gig Kingston Pc800

Grafix Card : ATi HD Radeon 4870

Hdd : Western Digital 500GB

PSU: Cooler Master True Power 550W

Casing: Entah nama apa,tp cap ayam
Keyboard: Formula
Mouse: Formula
Monitor: 17" TaggView(Soon Ubgradeable)

Inilah specfication pc baru aku selepas aku pergi beli kt lowyat pada 10/7/2009. Sewaktu aku kt shopping kt lowyat terjumpa lak ng dato K...nk tegur tak sempat terlalu jauh...nama dia keseorangan. Kesian lak,dimanakah erninya? hihi...eh ini bukan nak cete pasal diaorang. Ini nak cerita tentang pc baru aku nih. Hehe

Sampai kt lowyat tu aku xtau apa yg patut start dulu,so aku survey kemudian ambil semua katalog dari semua kedai kemudian compare dengan harga yang aku dah bincang member2 lain. So, tengok2 ada laa beza sikit dari segi harga cuma harga mobo tu tersasar jauh. budget dalam RM500,tgk mobo tersebut harga hampir RM1000. So terpaksa mencari mobo baru.

Memula aku beli ram 2x2gig kingson PC800 dan 1 adapter wireless belkin Aforce Technologies. Tengok dalam katalog dia harga ram RM 79. Tp dalam resit harga RM83. Demmit tertipu lak. Cipan @#$%. Tp dh beli nak buat cm mana. beli jek lah,beza ng harga kedai lain pn RM1-RM3 jek...belasah aje lah. Semua warranty lifetime. Ingat nak beli grafix card HD 4890. Lepas tu tanya lebih further tentang Crossfire(CF) katanya kalau hd4890 diaorang xpenah wat lagi buat CF, tapi kalau HD4970 diaorang pernah buat laa CF. so aku terpaksa laa cancel beli gfx card kt situ coz terasa cm diaorg nak mainkn aku jek

Kemudian aku pergi ke JAYACOM INFORMATION untuk beli barang seterusnya. kt situ aku beli hardisk Western Digital 500gb dengan harga RM180 dengan 1 tahun warranty.

Kemudian aku bertandang ke kedai THUNDER MATCH TECHNOLOGY. Kt situ aku beli grafix card dengan power supply. Sini grafix card dia boleh kira murah dan ada banyak stok laa. Aku beli grafix card Saphire HD4870 dengan Cooler Master 550W Real Power ng 80% efficient. Huh..

Tempat last skali aku pergi ialah kt C-Zone. Kt situ aku beli motherboard dengan processornya. Aku try cari motherboard yg aku nak malangnya dh kehabisan stok lak. Dh banyak kedai aku cari mobo tu tp dh habis...Demmit. So nak tak nak campur lak kesuntukan masa aku pn terus laa tanya on the spot mobo yg boleh support crossfire.pakai ddr2 dan amd cipset. so tuan punya kedai bagitau aku pakai brand Asus M4a78 Plus. Processor aku mmg dh pilih nak cari AMD AM2+ Phenom X4 940.

Lepas tu aku pn cepat-cepat bergegas keluar dari lowyat pergi ke airport subang... huh

P/S : Gambar akan diupload kemudian. Lom habis lagi setup ng windows yg sesuai

11 July 2009

Interview ng JKR

Sejak aku kerja,aku sesangat sibuk walaupn tidak letih sebab aku nak kena catchup ng perkerjaan aku yang baru. Aku kena handle projek yang telah delay. Dh delay sebanyak 3x EOT(Extension Of Time). Banyak bulan jugak 1x EOT nih. Apapn aku xnak cerita pasal kerja aku sebab aku kurang senang hati dengan kerja aku.

Nie aku nak cerita tentang interview aku. Pada suatu malam, iaitu 6/7 kawan aku PM aku kt YM kata ada walk-in interview ng JKR, so pada keesokkan harinya aku call hq JKR untuk comfirmation. Lepas tu cakap laa ng CC dia. CC itu kata bukan walk-in interview tapi hanya yang dipanggil sahaja boleh datang...tapi kalau nak datang, bawak resume dan serta sijil2 yang berkenaaan dan email resume aku kepada boss dia.

So malam tu aku dh siap sedia nak hantar resume by email,nak tempah tiket flight coz nak beli tiket bas...bukan xnak,tp takut penat bila sampai. bila sampai aku kena rest dulu baru cun. So bila nak anta resume by email tu,skali kena lak salah addresses....aku dh down dh sesangat time tu. So aku tanya kawan aku tu cam mana.. so dia cakap suh emailkan resume aku kt dia nanti dia akan email kepada kawan dia yg kerja kt JKR...Erk, kemudian kawan dia tu reply kt kawan aku, suh datang jek ke JKR untuk walk-in interview. So aku gamble sahaja lah.

Kemudian aku tempah laa tiket flight firefly pada untuk fligh 8/7 dan balik 10/7..huhu. Sampai kt hotel somewhere in KL, aku around 11.45,aku terus mandi kemudian landing... tido...

Keesokkannya aku bersiap2 laa semua sampai sana,tgk pergh,ramai siut manusia. Calon untuk jurutera awam kat 280++...terkezut aku...huhu... aku pn ambil no giliran kena lak no 103. Mmg masyuk laa time tu ng no 103. Kena belah petang lak tu,coz last interview untuk sesi pagi sampai no 96 jek...Demmit....

Kemudian lepas sambung tu aku kena laa interview....time interview tu aku dh penat dh. Letih orang,suara pn dh xde semua sebab borak2 & panas...hehe... Dalam interview tu ada la dia tanya beberapa soalan teknikal yg aku kurang tepat menjawab,bukan salah coz dalam soalan dia tu takde soalan betul @ salah,semua byk soalan teknikal... Aku rasa panel yang menginterview aku tu ada title IR lah... fuh. Mmg masak laa aku...dh la penat..

So lepas tu aku pulang laa.. Sewaktu aku gi interview aku jumpa laa beberapa kawan sekolah aku dulu. Sorang tu kwn baik ex-gf aku dulu, bila jumpa aku rasa serba salah lak takut ditanya soalan yg aku pantang didengar... pastu aku jumpa pulak kawan aku satu persatuan time sekolah dahulu. kawan aku tu dh kerja ng JKR dh...siap pakai jacket JKR lagi...huhu... Pastu jumpa lak senior aku...dia pn kerja ng JKR jugak... adeh...jumpa lak...kemudian aku pn jumpa ng classmate aku...nama Sashikala...indian girl... dia laa yg anta aku balik ke tempat yg aku nak pergi...huhu

Apa pn ini ialah satu pengalaman interview ng goverment yg best. Dh tau apa soalan yang akan dia tanya,next year aku akan cuba lagi dan cuba yang terbaik... huhu

02 July 2009

Rationalise Harga PC

Setelah mendapat beberapa comment daripada kengkawan tentang specification pc baru yang aku buat sendiri...akhirnya aku terpaksa membuat balik quatation. Nampak gayanya lebih murah dan lagi power spec pc baru aku nih. Hoh...

Antara barang-barang yang dicadangkan :

Gigabyte GA-MA790FX-UD5P
AMD Phenom II X4 940 (Black)
2 x 2 Gb Kingston PC800 PC6400 DDR2-800
Sapphire HD4870/750/3600/512D5/256
Western Digitan 500GB 7200RPM Sata
Cooler Master Extreme PSU 650Watts

Total harga kesemua barangan ini ialah RM2,367. Insyallah minggu depan akan aku pergi ke Lowyat Plaza untuk membeli semua komponan pc baru aku nih.