08 October 2009

Torrent.Jiwang.Cc masuk Paper!!!

LES' Copaque Production Sdn Bhd membuat laporan dengan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung aktiviti memindah turun karya filem Geng: Pengembaraan Bermula yang kini berleluasa secara haram di Internet.

Beberapa laman menyediakan perkhidmatan pindah turun secara tidak sah melakukan kesalahan itu mengikut Akta Hak Cipta 1987 dengan menyalin semula karya tanpa kebenaran syarikat yang menjadi pemilik harta intelek filem itu.

Les' Copaque memandang serius perkara berkenaan dan berusaha mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melumpuhkan industri perfileman dan animasi negara.

Cyber Security Malaysia sudah banyak membantu syarikat dalam menangani isu salinan langgaran dan pindah turun secara haram di Internet, begitu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang banyak membantu pihak Les' Copaque dalam memerangi gejala cetak rompak.

Geng: Pengembaraan Bermula adalah filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dengan kos RM4 juta dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.

Peminat siri animasi Upin & Ipin boleh mendapatkan DVD dan VCD tulen yang berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, Les' Copaque akan mengesan individu tidak bertanggungjawab itu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Beberapa notis sudah dihantar kepada laman yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan aktiviti berkenaan.

Cadangan sudah dibuat untuk menghalang laman web terbabit daripada terus beroperasi.

Satu laman yang dikenali sebagai torrent.jiwang.cc dikenal pasti antara penyedia perkhidmatan memindah turun secara haram dan pihak syarikat sedang mengesan individu di sebalik laman berkenaan dengan bantuan Cyber Security Malaysia.

Source : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20091007110041/Article/index_html

5 comments:

karengurlz said...

erkkk.. jiwang torrent kena gak ke??? kesian...

wan hafiz said...

aku plik ni. dlu jurucakap org tu kate tak kisah. sbb dak2 lanun cd cetak rompak cam tlg promosi kan cite die.

kenapa tak cari lanun yg cetak rompak tu skali? aku rasa lanun2 tu untung byk woo. sian les copaque, lanun2 tu untung bermodal kan dvd je.

ZuL said...

bila sesebuah laman web masuk paper, there are always pro and cons

qaseh qist said...

erm.. sian.. sian..
xleh nak kata ape la..
hihihi

Eddie said...

Masalahnya laku ker akta tu kat sweden? sebab apa yang aku tahu torrent.jiwang.cc di host kat server sweden. kang jadik bahan gelak jer cam yang berlaku di piratebay.

tapi terkesan gak la jiwang kalau cam tu. sebab file tu dah di remove. yg tinggal cuma 'GENG Bas Sekolah' jer. hehhee

**Tapi animasi upin & upin melambak2 lagik kat dalam tu aku tengok.