Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki
bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita
mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat
telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak
menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah
sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan
memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai
tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah
hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan
dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai
tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar
ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka
untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di
dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci
warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi
yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu
kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan
fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin
itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya
sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk
tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya
tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi
wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,
maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi
semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan
mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date,
sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin
bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan
rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan
mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan
bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa
hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak
bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan
keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat
dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh
tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang
dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat
dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang
yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan
bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik
tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk
Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam.
mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah
orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita
sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya
melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus
memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya
mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari
diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik
tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama,
perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam
(hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan
lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari
tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu
adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si
polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat
kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat
adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari
suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka.
Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir
dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan
jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita
tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama
dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut.
Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap
suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai
seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam
itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi
wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan
ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really
beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah
sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
No comments:
Post a Comment