10 December 2007

Demonstrasi Di Malaysia

Sekarang Malaysia sedang menghadapi musim demonstrasi-demonstrasi daripada beberapa kumpulan....

1st demonstrasi daripada perhimpunan haram Bersih....semua yg hadir pada perhimpunan Bersih berpakaian kuning...apa maksud dier?aku pn tak tau kaler kuning tu...pada masa itu KL dibanjiri oleh mereka yg berbaju kuning...kawan aku ckp siapa yg pergi ke KL dengan pakai baju kaler kuning kena tangkap sebab menyertai perhimpunan Bersih...fuh,dahsyat jgk...

ini artikel yg dipetik dari HarakahDaily.net

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar memaklumkan BERSIH berjaya mengumpul lebih 100,000 peserta dalam perhimpunan aman yang bermula sejak jam 2.00 petang tadi di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Istana Negara walaupun terpaksa mengharungi pelbagai sekatan polis.

Beliau yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, PAS dan pakatan dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berjaya mengawal perhimpunan dan membuktikan tiada unsur ganas atau sebagainya seperti yang diuar-uarkan Umno-BN sebelum ini.

Bangga dengan sikap yang ditunjukkan peserta perhimpunan, beliau menyifatkan ia cukup berjaya menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kami berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara dan pulang semula ke tempat masing-masing tanpa sebarang kekecohan, mahupun tindakan provokasi," tegasnya.

Begitupun, katanya beberapa penangkapan yang berlaku di Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Sogo yang melibatkan lebih 30 peserta adalah kerana tindakan polis menyekat perarakan dari kawasan terbabit.

Beliau mengecam keras tindakan polis yang sejak dari semalam memulakan sekatan terhadap peserta perhimpunan dengan sekatan di beberapa batang jalan raya, lebuh raya dan plaza tol pelbagai arah menuju ke Kuala Lumpur.

"Kami telah buktikan bahawa tanpa gangguan kami boleh berhimpun secara aman," kata Kamarudin.

Menurut beliau, perjalanan perarakan dari Masjid Negara sedikitpun tidak menampakkan kekecohan mahupun aksi ganas, malah peserta cukup menjaga tingkah laku semasa berjalan menuju ke Istana.

Begitu juga semasa perjalanan pulang, peserta perarakan raksasa itu mampu mengawal diri tanpa sebarang keganasan mahupun tindakan provokasi.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan PAS dalam menyelesaikan masalah peserta yang ditahan beliau menyatakan setakat ini pimpinan sedang berbincang di Pejabat Agung PAS mengenai perkara tersebut di Jalan Raja Laut.

Tindakan susulan akan dimaklumkan kemudian, katanya.

Terkini perkembangan dari Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Sogo, Azamin Amin melaporkan keadaan agak lengang setelah lebih 30 peserta himpunan ditangkap pihak polis dalam serbuan rambang sekitar jam 3.30 petang hingga hingga 4.15 petang tadi.





2nd perhimpunan haram ialah perhimpunan Hindraf dimana perhimpunan mereka bertujuan ingin menuntut balik 4.3 trillion daripada Kerajaan British.Perhimpunan ini diadakan dihadapan kedutaan British counsel...

Tuntuan 4.3 trilian disebabkan ingin menuntut ganti rugi daripada nenek moyang mereka.Perkara ini berlaku sebelum Malaysia merdeka lagi. Selepas 50 tahun merdeka baru hendak menuntut. Dengar berita bahawa kerajaan british telah memberikan sejumlah wang yg cukup membayar pampasan mereka,tp dgr kata ada menteri yang telah mengsonglap duit tu...kemudian apa lagi,kaum-kaum india mula laa nak menuntuk balik. padahal mereka yang telah diperbodohkan oleh kaum sendiri. hari-hari mabuk...lepas tu suka main judi..bila takde duit mula laa nak menuntut itu-ini...isk isk isk..mmg india jenis suka mabuk dan pemalas..hanya tahu bergaduh sahaja... meh ikuti video clip ini...



3rd demonstartion ialah demonstrasi dari kumpulan peguam.Mereka yg bijak pandai gaji yg masyuk pn ada jgk nak bt demonstasi jgk...mereka dlm kumpulan teraniya ke? tp seb baik laa mereka ini yg bijak pandai...bt demonstrasi secara aman tidak seperti peguam-peguam dari India..india lagik....sampai berdarah bt demonstrasi....
Dlm perhimpunan ini ada yg ditahan....

ikuti artikal ini yg dipetik dari http://www.suarakeadilan.com/isi/

KUALA LUMPUR, 9 Dis: LAPAN tahanan, lima peguam dan tiga aktivis yang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pagi tadi dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta 8.00 pagi esok.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 8.00 malam, N Surendran, R Sivarasa, Amer Hamzah Arshad, Eric Paulsen, Johny Andu, Nooraza Othman, Latheefa Koya dan Edmund Bon masih dikurung di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPDKL) di Jalan Pudu.

Sementara itu, dua pemimpin Bersih, Tian Chua dan Mohd Sabu yang masing-masing ditangkap di Johor Baharu dan Ipoh juga dijangka akan dihadapkan di mahkamah yang sama pagi esok.

Turut akan didakwa ialah dua aktivis Bersih, Mohd Asri yang menyerah diri di IPDKL dan

Muhammad Harris Fathilah yang ditahan dirumahnya di Taman Maluri, Cheras pagi tadi. Mereka juga akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta pagi esok. Kedua-dua mereka kini ditahan di Lokap Balai Polis Dang Wangi di Jalan Tun HS Lee.

Orang ramai diminta berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk memberi sokongan moral kepada semua tahanan esok.

Video Perisitiwa Hak Asasi 9 Disember 2007

Lepas nie perhimpunan apa pulak yang akan diadakan diMalaysia...hmmm

No comments: