02 June 2008

Minggu Pertama Musim Bekwoh

Bekwoh,apa itu bekwoh?bekwoh itu ialah majlis kawin/kesyukuran/bertunang kira-kira kalau ada makan-makan itu dikira bekwoh atau orang luar kata merewang laa.hehe.

Minggu ini capacity kenderaan di Kelantan meningkat 60% dari kadar biasa. Al-maklum lah cuti sekolah,kebanyakan yang berada diperantauan tu balik ke kampung halaman. Tapi tidak sesesak seperti time Hari Raya Puasa @ hari raya haji.

Banyak jugak family aku kena jemputan kenduri kawin. Especially hujung-hujung minggu. 1st aku pergi kenduri kawin dekat dengan Melor, rumah sepupu mak aku, dia ada buat majlis kenduri kawin anak perempuannya. Itu dikira makan tengahari kat sana laa,siap ada kumpulan nasyid lagi. Huhu,berapa laa cost nak sewa peralatan speaker dan sewaktu dengannya. Kemudian mak aku gi ambil ayah aku untuk gi kenduri kawin kat tempat lagi. Tapi aku tidak follow laa. Aku pergi bahagian petang. Yang makan petang itu,kira terus untuk makan malam.Kira double laa makan tu. Balik tu terus tertido/berehat sebab penat kebetulan kena darah tinggi.

Hari Jumaat ada 2 sahaja jemputan bekwoh.

Satu dekat Pasir Tumbuh,depan kebun aku, rumah Kak Ani. Aku pergi lepas sembahyang Jumaat. Dia buat bekwoh hanya untuk kesyukuran sahaja laa. Teringat lak Kak Ani ada 2 orang anak peremuan.Haha,apa lagi...skodeng laa...tp skodeng...tp hatiku masih tetap ng dia lagi...huh,tragis pulak. Lepas makan tu,aku pn balik,berehat/tido sebab kena darah tinggi lagi. Aku termakan daging lembu dan kambing pulak. Isk.

Kemudian bangun rasa lega sedikit dan terus bersiap untuk pergi ke kenduri yang ke-2 pulak. Rumah Pak Dor di Seribong, dia buat bekwoh sempena majlis pertunangan anak bongsu dia @ aku panggil dia Kak Su. Cun jugak anak dia,tinggi lampai,kulit putih,tapi dia lagi tua dari haku. Dlm setahun/dua kot beza ng aku.Hehe.

Hari Sabtu pulak, ada 3 jemputan kenduri kawin. Tapi aku hanya pergi 2 sahaja. Kenduri yang pertama ialah dekat Pasir Tumboh jugak. Rumah sape erk,lupa pulak nama dia,tp aku kenal sebab dia tukang urut. Suami isteri selalu mengurut abg ipar aku,ayah aku,mak aku,kakak aku dan aku sekali(time terseliuh main bola). Urut batin boleh jgk aku rasa...Hahaha. Urat dawai,tulang besi. Kena skali pasti takmo lagi(aku laa). Hahaha.

Yang second pulak,aku pergi bekwoh rumah kawan aku,dimana dia sudah KAWIN. What a suprised. Kali ini aku bukan pergi dengan family aku,tapi pergi dengan sorang nurse. Petang tu dia jadi kekasih gelap aku buat sementara. Hihi,Cun lah pulak budaks nie. Sampai jek rumah kawan aku kt Pasir Hor tu,dia tengah bersanding. Kata berarak pkl 3,tp aku smpi pkl 2.30 dh start bersanding dh. So sambil-sambil tunggu dia tgh bersanding tu, aku gi laa makan. Uish,aku makan tak habis, perutku ketat.Kalau makan lagi,silap karang termuntah pulak. Makan tidak boleh dipaksa tapi boleh dipelawa.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari. Hehe. Aku dh siap makan dh apa semua,ingatkan dh habis dh bersanding,rupa2nya bru nak start makan bersama penganting pulak.Isk...lambat lah cm ini. Baik balik dulu.So tunjuk muka kemudian balik.'Tunjuk muka' kira nak kasitau bahawa kita datang ke majlis kahwin dia. Kemudian anta nurse tu,kemudian aku pn balik. Xtually ada kenduri kawin umah saudara aku,tp tak dapat pergi,perut dh full and I need rest.

Termenung pulak bila giliran aku ini. Rasanya lambat lagi atau tidak akan datang barangkali.
Wallahualam...

3 comments:

nadzunix said...

ore kelante ghupernya ...

wah..cuti skolah ni ..keje nya mkn jelah kan ...best2 ...
tapi jaga lah makan tuh ...
iskk....

huhuhu ... nak pi kb ...windu r kb!
nak pi wakaf c.yeh ...

nak pi kb!!!

:P

ZuL said...

hahaha.....cuti sekolah kerjanya makan,tp minyak pn makan banyak jgk. especially yg jauh2...hehe...

datang laa kb...apa yg ada kat wakaf c.yeh slain pasar malam situ? dan pasaraya situ?hehe

nadzunix said...

ehehe ... ada wisma sabrina :P
ske pi sana .. ntah nape ...
bukan ore sana ... :)