25 September 2009

Syoknya Raya

Syoknya raya tahun ini... Hehe. Episod membeli/memilih baju raya akhirnya terurai 2 hari sebelum menjelangnya hari raya. Kaler tahun ini ialah purple muda... Memula sorang kawan aku suggest pilih kaler purple gelap, namun aku tak tertarik laa pulak. So pilih2 kaler purple jugak,tp purple cerah, nak kata berkilau tu takde laa jugak... biasa jek, ada strips sikit. Harga baju raya ada laa dalam Rm199.99... haha. Boleh tahan laa jugak baju dia. Time pakai pn sedap.

Malam raya tu, hanya aku dengan mak aku jek yang tolong buat persiapan untuk raya. Ayah aku??? well seperti hari biasa, tengok berita dan tengok cerita tamil,class gitu... hahaha. Malam raya tu aku ambil 3 gulung karpet kt tingkat atas,bawak turun kt ruang tamu untuk hamparan, pastu meja bulat a.k.a "King Arthur's Round Table" yang diletakkan kt dapur, aku jugak bawak kuar kt ruang tamu. Besar dan berat. Namun disebabkan aku mempunyai skill dan pengalaman memindahkan meja bulat aku,so tidak ada masalah laa aku nak pindah sorang2 meja buat tu. Hehe. Kakak dan abang ipar aku bertolak pada malam raya jugak kerana abang ipar aku susah nak dapat cuti. So aku tinggalkan beberapa kerja untuk kakak aku. Hehe...

Sebelum tidur tu mmg best laa bunyi persekitaran, bunyi mercun sana sini...syok, terasa cm berlaku peperangan. Seb baik xde bunyi orang meraung. Hehe. Kalau bunyi budak meraung tu, tanda terkena mercun laa tu. Hahaha...

So keesokkan aku bangun2...terkesakitan....sakit belakang...adus, memang sakit lah... Fikir2 balik nie mesti kes angkat meja sorang diri... huhu... tp tak mengape. Setahun sekali. Hehe.Bukan selalu. Pagi tu kitaorang pergi ke Masjid besar Kubang Kerian untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Memang ramai lah sampai melimpah ke jalan raya. Hehe

No Way Out..Semua parking atas jalan dan semua tak boleh kuar... hehe

Punya laa ramai orang kat masjid kubang kerian. Jalan Bersusun2

Jalan boleh untuk 2 way, tp leh jadi 4 way,cm highway.. haha

Ayah aku dengan cucu-cucunya


















Eh,apa nie ? Kain Pelikat cap Ayam Serama...ab,sejak bila ko jadi pengusaha kain pelikat neh ?

3 comments:

stingray said...

kah kah kah!!! dan dan ada ayam serama menempel kat situ

|a|r|i|e|z|a| said...

kurang asam!!! hahahaha ayam serama tu pun keturunan ko jugak la zaag! jahat owhh xpe xpe

ZuL said...

mmg lah...itu sebab aku nk tunjuk kt ko gak ...