Dari jauh ternampak awan gelap menghala ke atas site aku. Awan semakin gelap, hujan melalui turun sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan, hujan makin sedikit, angin semakin kuat. Aku tengok corak hujan turun itu yang sepatutnya lurus, tetapi makin lama aku perhatikan makin senget makin menjadi melintang. Aku dh mula risau dah, ini angin kuat giler nie. Aku pn suruh semua orang stop kerja, ribut akan datang, Semua pekerja pn berteduh laa kat site office. Angin makin lama makin kuat.
Aku apa lagi, berlindung laa dalam kabin,try usha-usha kat luar. Pastu aku tengok, bumbung,isk cm pelik jek, cm nak terangkat jek. kaki kayu untuk penahan bumbung pn cm terangkat jek. Tengok-tengok jek lah,tak leh nak buat apa. Takkan aku nak tarik kayu yang nak tercabut tu. Skali angin kuat dengan kelajuan 320km/j(mengikut kawan aku yg sengau) melanda kabin aku, dah terangkat bumbung, kemudian skali lagi angin berkelajuan 320km/j(mengikut kawan aku yg sengau) baham site office aku,
GEDEBUM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TAKE COVER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Habis bumbung zink site office aku tercabut melayang ditiup angin kencang yang selaju 320km/j(mengikut kawan aku yg sengau). Aku duduk dalam kabin sambil melihat bumbung site office diterbang oleh angin melalui pintu. Time tu aku nak tutup pintu kabin pn kena dua orang sebab takut ng kabin-kabin aku skali terbang kalau pintu tu dibukak. Dalam 15 minit take cover dalam kabin dengan sorang pekerja tu, ribut pn mulai reda. AKu pn perlahan-perlahan kuar dari site office tengok terang jek, ini sebab takde bumbung laa,dibawak oleh angin. Bila aku kaki kanan aku pijak fram pintu kabin terasa kebas jek. Aku terasa pelik lah tetiba rasa kebas jek. Aku ambil kaki satu lagi pn kebas,
ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ADA APIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ada api maknanya ada elektrik yang bocor lah. So aku pn tukar pakai safety boots kuar dari kabin. Tengok,pergh....Marsyallah...habis kabin.
3 buah kabin bocor dihempap oleh kayu entah dari mana datang pn tak tahu. Kabin yang rosak ialah kabin kontraktor, kabin bilik mesyuarat dan kabin surau. Rosak dan bocor. Lepas reda tu, semua pn kuar laa dari shelter masing2. Ada yang berlindung dalam mesin excavator, ada yg berlindung bawah backhoe. Aku pn terus bawak lari kereta aku kt kawasan lapang sikit. Biar kena hujan,janji tak kena hempap dengan kayu @ mana-mana zink yang berdekatan.
Lepas tu aku kuar,cari-cari kemanakan bumbung site office aku terbang, kitaorang bernasib baik, ianya terbang masuk kedalam longkang. Aku risau jugak kalau bumbung yang terbang tu masuk highway ke Pasir Mas. Kalau ada kereta yang accident gerenti ada yang masuk longkang besar... Memang menjadi masalah besar.
Berikut ialah gambar-gambar kejadian disite office..
http://img23.imageshack.us/i/p1000105y.jpg/
http://img97.imageshack.us/i/p1000106.jpg/
http://img97.imageshack.us/i/p1000107t.jpg/
http://img97.imageshack.us/i/p1000108.jpg/
http://img515.imageshack.us/i/p1000109i.jpg/
http://img97.imageshack.us/i/p1000110r.jpg/
http://img136.imageshack.us/i/p1000111e.jpg/
http://img59.imageshack.us/i/p1000112.jpg/
http://img169.imageshack.us/i/p1000113f.jpg/
http://img194.imageshack.us/i/p1000114f.jpg/
http://img169.imageshack.us/i/p1000115.jpg/
http://img194.imageshack.us/i/p1000116f.jpg/
http://img121.imageshack.us/i/p1000117.jpg/
http://img5.imageshack.us/i/p1000118a.jpg/
http://img59.imageshack.us/i/p1000121.jpg/
http://img2.imageshack.us/i/p1000122k.jpg/
http://img14.imageshack.us/i/p1000123a.jpg/
http://img5.imageshack.us/i/p1000124b.jpg/
http://img7.imageshack.us/i/p1000125k.jpg/
http://img2.imageshack.us/i/p1000126p.jpg/
http://img19.imageshack.us/i/p1000127o.jpg/
http://img196.imageshack.us/i/p1000132r.jpg/
http://img2.imageshack.us/i/p1000133j.jpg/
http://img2.imageshack.us/i/p1000136u.jpg/
http://img225.imageshack.us/i/p1000137.jpg/
No comments:
Post a Comment