SOALAN
Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.
JAWAPAN
Menurut
hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan
untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari
bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan
yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian
hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja
sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Pun
begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan
khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti
bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.
Ringkasnya begini:-
1. Hukum bergambar secara umum
: ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil.
Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf
Al-Qaradawi.
2. Bergambar selepas bernikah
Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-
a-
Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya
mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu
adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua
pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa
dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada
di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk
kenangan peribadi sahaja.
Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Bermaksud:
Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah
berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman
jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
b-
Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan
lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya
jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.
c-
Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik
dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya
berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim
ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk
disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar member maklum
perkahwinan telah dilangsungkan.
Adapun,
jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan
majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan
oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti
bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.
Justeru,
jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu
mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di
kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan
dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang
akan melihat.
1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian
menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA
bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti
berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas
untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di
antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar
dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk
di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk
dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan
malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang
melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam
al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih
daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah
mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara
maksiat).
b.
Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia
adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah
dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya
berbunyi :
Foto
pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi
intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di
sisi Islam.
Kelaziman
bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk
berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri
daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan
itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa
budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan
oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut
pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi
T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya
masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
"Kami
menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam
supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk,
berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan
haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari
ini.
UPAH JURUGAMBAR
Mankala
upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas
tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan
dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga
upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu
untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang
canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat
dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan
sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh
menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas
pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang
boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.
Sekian
Source : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1011-gambar-pra-kahwin-dan-selepas-kahwin.html
No comments:
Post a Comment