Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang
menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan
diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul
maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment