Hari Rabu 10/4,aku pergi
Unisel Batang Berjuntai nak hantar report Latihan Industry aku. Kali ini aku pergi dengan flight
Air Asia. Flight aku pukul 8.30am. Bangun awal lah kali ini. Semasa aku baru jek duduk dalam flight,ada sorang awek ini agak kesian laa.Dianya barang kaca dan banyak.Kalau barang kaca dan banyak so,tentu lah berat...So dia mintak tolong aku untuk letak kat tempat letak barang. So aku tolong lah.Flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa 55 minit. Sewaktu dalam flight,awek tu seperti tak sihat jek...kesian lah pulak nanti klu nak bawak barang kaca yang berat dengan 3 bagnya. So bila nak turun dari flight tu,aku offer laa pertolongan untuk tolong bawak barang kaca dia...pergh,berat jugak.Dekat 15 KG jugak laa berat dia.Aku tolong bawak barang dia hanya sampai ke Terminal sahaja. bila letak jek barang dia,lega rasanya dpt tolong n lengan aku cam keras jek.Al-Maklum lah,dah lama tak angkat berat
Then,aku naik bas ke
KL Central dan letak bag aku di
KL Central kemudian heading to Unisel Shah Alam sebab nak bayar hutang selebihnya sambil-sambil nak mintak penjelasan kenapa outstanding yuran aku sampai Rm7000.Giler apa,then staff situ cakap,system dia memang tak betul.So dia kira hutang aku ada laa dalam Rm2+++ tak sampai Rm2500 seperti yang aku jangkakan.Entah cam mana dia kira aku pn tak tau.Janji yuran aku settle habis kesemuanya. Then lepas settle bayar yuran aku mintak clearence slip nak ambil result Sem 6.
Kemudian aku pergi kejap jalan-jalan kat MidValley.Sambil-sambil tu SMS dengan Camel dia mintak aku gi usha harga skrit kat
The Garden MidValley,akhirnya puas round ahkirnya jumpa.Kebanyakan skirt ada dalam kedai perempuan.Takkan aku nak masuk kedai peremuan...uish,tak biasa.Kalau dia suh aku beli skrit untuk nyna aku sanggup masuk mana-mana kedai. Hehehe.... Dia suh usha jek harga.Bila aku usha kedai-kedai situ,terkejut beruk aku dengan harga dia.Harga skaf jek ada laa dalam Rm80...pergh,kalau skirt aku tgk ada laa dekat-dekat RM200. Then aku cakap dengan camel,kalau wallet takde dalam Rm300,cuci mata jek lah...Mahal siot harga situ.Kemeja biasa aku tengok lebih dari Rm150.Giler,tak sanggup aku nak menengoknya lagi..Pokai giler kalau shopping situ.Hahaha...Lepas jalan-jalan aku pergi terus ke Sg Buluh duduk di rumah Ayah Sof untuk 2 malam.
Keesokan tu,aku pergi ke Unisel dalam pukul 11.Pkl 12 sampai.Aku pergi hantar report LI dekat Pn. Rabitah alhamdulillah dia ada kat bilik.Then aku pergi Examination unit ambil result.Tengok situ hanya dibuka selepas 25hb/4.Argh..aku putus akal.Then aku call Pn. Rabitah, n Pn Rabitah suggest call org tu n org tu suh call En. Megat.Aku call En. Megal then dapat laa result aku sem 6.Tapi aku cuai betul,result aku sem 5 tak ambil.Itu pn aku teringat sewaktu on the way nak balik Sg. Buluh dh.So esok pulak lah
Hari Ketiga pulak aku pergi unisel dan emy pn nak datang unisel nak settle pasal yuran dia dan pendaftaran dia,entah nama dia takde dalam record aku pun kurang paham.Then dapat jumpa dengan dia dan katanya dia kena balik Melaka time tu jugak coz ari Sabtu dia pn kerja jugak.So aku plan,turun kt KTM Sg. Buluh then gi makan kat KL Central.Makan KFC...best..ehhehe...then balik Sg. Buluh
Hari Ke-4 aku plan nak balik lah.Bosan dok rumah Ayah Sof takde benda nak buat selain tengok astro.Dh laa Astro takde cerita yang best.Bosan,so aku pn pergi laa ke Jalan Pekeliling,beli tiket bas ke Kuala Lipis dan singgah rumah akak aku.Then akak aku beli tiket kereteapi pukul 3am....Save bajet sikit.hehe...Harga tiket dari Kuala Lipis ke Wakaf Baru Rm19.
Sewaktu dalam train aku asyik main PSP jek...kadang-kadang terasa rindu dengan 'dia'. Kenapa laa 'dia' kejap timbul,kejap tenggelam.Sekarang 'dia' tenggelam balik.Sudah 4 bulan aku tak dengar berita 'dia' tetiba pop-up...argh,jiwa bergolak pulak dalam train.Bila penat dan mengantuk semua tak kena,resah gelisah...Hope she tak baca this coz I really like 'her'. Orang kata cinta itu buta, dan ianya memang betul.Tidak pernah bersemuka tapi hanya kenal melalui gambar sudah buat aku tertarik dengan 'dia'.Dulu sewaktu aku dalam kesedihan, bila ada 'orang itu' tunjuk gambarnya,entah kenapa hati aku jadi sejuk,tenang. Aih,apa lah yang 'dia' telah buat kat aku. Ada beberapa staff JKR dapat baca air muka aku yang aku telah jatuh cinta dan memang betul,tp adakah cinta aku akan terbalas atau hanya sekadar bertepuk sebelah tangan ?
P/S: Harap-harap 'dia' tak baca ini.