25 May 2008

My Little Bride Remind Me Of Someone

Kali ini aku tengok movie My Little Bride. Best jugak laa cerita ini and I have something want to share with all the reader.Sewaktu aku tengok cerita My Little Bride, tengok pelakon wanita dia dengan beberapa reaksi wajah,ia mengingatkan aku kepada sesorang. Entah kenapa boleh dikaitkan dengan dia pulak. Aku pernah tengok raut wajah dia geram,marah,ketawa dan macam-macam lagi.Tapi aku tak penah tengok lagi raut wajah dia sedih,tapi aku hanya boleh membaca dar


Ini rauk wajah ketika dia geram dan kecewa sedikit

Ini lebih kurang wajah dia yg baru sahaja bangun dari tidor. Muka masam/hangit.Haha





Ini ialah salah satu cara senyuman yang dpt aku lihat dari wajahnya.







Aku takleh nak lupa wajah ini.Jarang orang yang buat raut wajah cam ini.Hehe. I will remember it forever




Inilah raut wajah yang aku tak sempat tatap.Maybe lebih kurang cam ini jikalau dia sedih/nangis. Dan aku harap aku tak dapat tengok wajah cam ini sbb aku tak nak dia bersedih.

24 May 2008

3 Hari Keseorangan Di Ruman

Hari Rabu baru-baru ini,bermula laa aku dok sorang-sorang dirumah. Parent aku pergi Kuala Lipis pergi jalan-jalan makan angin. So tinggal laa aku sorang-sorang dok rumah. Terasa best jugak duduk sorang-sorang kat rumah dan kadang-kadang rasa seram bila masuk masuk maghrib @ malam. Al-maklum lah,rumah besar,aku sorang-sorang dok rumah. Ingat nak ajak sang Tg. Ezran temankan aku cos bukan seram,tapi bosan bangat takde member nak borak2. Kalau aku borak seorang diri nanti ada orang kata aku gila pulak. Tapi nasib baik laa ada internet.

Aku pindah laptop aku bawak turun bawah bilik tv,main internet dengan tengok tv. Kebetulan pagi jam 2.45 ada ultimate game Final Champion League antara Chelsea Vs. Manchester United. Memang game pagi itu aku best gila. Walaupun aku tak support mana-mana team,tapi aku memang berharap Chelsea serang habis-habisan Man U. Aku tak kisah Man U ke menang,janji quality game itu ada. Itu yang balik best. Aku rasa kalau Liverpool vs Man U,memang tak best langsung dh comfirm Man U menang. Last previous game Liverpool kalah dengan Man U. Apapun congrats to Man U. Chelsea cuma takde luck.Kalah dengan sepakan penalti sahaja. Avant mmg patut dipecat.Huhuhu.Cari manager lain.

Kemudian aku tido sekejap dan bangun dalam pukul 8.30 sebab aku ada janji dengan Sue(budak poli) nak ajar dia cam mana nak design drainage pakai excel. Aku terlewat sedikit pergi office terus ilang.Huhu.Salah aku jugak sebab lambat datang pejabat. Ingat boleh jumpa supervisor aku,tapi dia pulak takde,Pergi Jabatan Pengairan Dan Saliran, ampes tul.Baca paper jap,kemudian balik sambung tidur. Tidur kejap jek.Dalam setengah jam sahaja.

Lepas tu bermula laa hari keboringan aku selama 2 hari yang berikutnya....Bosannya dok rumah sesorang

21 May 2008

Pagi-pagi Sudah Bengang Tengok Kelakuan User

Ari nie,sedap jek tido,tido 10 jam.Best.Agak lama tak tidur selama itu.Hehe...Tapi bila bangun,perasaan kira best,takde rasa nak marah2.

Kemudian mengadap laa laptop nak mengepost mp3 kat forum SP,then aku satu topik tu,topik berkenaan Tun Mahathir keluar Umno. Yang aku panasnya,dia buat tajuk sendiri. Dia express perasaan dia 'Yahoo bla bla bla'.Padahal tajuk pasal Tun Mahathir Keluar Umno.Then aku edit balik letak Tun Mahathir Keluar Umno, dan ckp tidak boleh ke buat tajuk elok2.

Xtually dh lama aku xmasuk section politik because politic satu section yang bahaya yg boleh memecahbelah antara sesama Melayu.

Aku tengok previus post si user yang bernama amrixxx banyak memberikan pendapat sendiri.Bukan berdasarkan bukti2. kalau cam nie,baik pergi kekedai kopi cakap pendapat sendiri puas2.kalau takde bukit speak as natural.Tak perlu nak cakap pendapat sendiri itu betul.Ada sekali pasal PKR nak buat projek mega khinzir/babi kat selangor. Tulis bukan main sedap tindakan PKR itu tepat/betul dengan projek itu.Sekali aku post pasal technology yang PKR nak bt kat selangor tu,sekali dengan bukit paper dari German, terus senyap dan aku rasa dh tak berbunyi topik itu.

Amrixx nie hanya pentingkan parti/kepentingan sendiri,bukan berjuang untuk rakyat.Aku malas nak bergaduh kat forum disebabkan si amrixx nie sekor. Aku post msg kat dia,sila ikut rules kat SP,kalau tak suka rules kat SP, buat forum sendiri dan bagi pendapat sendiri. Klu tak reti buat forum,ptt buat blog.tulis sepuas hati. Kalau dia xpuas jugak bermakna betul laa tu dia pergi forum-keforum untuk bergaduh pasal politik.Bukankah itu dinamakan mengapi-api2kan orang lain. Kata menyatakan pendapat,tapi posting cm nak mengapi2kan org. Yang mengepost tidak akan tahu samaada post dia mengapi-apikan orang atau tidak, sebab fikiran org nie lain-lain.Jangan ingat semua berfikiran sama.

P/S: Apa yang ptt aku bt ng mamat nie ?

19 May 2008

Tun Mahathir keluar UMNO

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

16 May 2008

No Title

Hmm,sejak aku tengok korea movie,My Sassy Girl,aku makin kerap tidor lewat. Sejak aku tengok movie itu,baru aku sedar beberapa perkara. Ianya berada didepan mata aku rupanya selama ini.Aih,sungguh lembap aku bab ini. Lambap catch-up,sebab itu payah nak dapat girlfriend.Hehe.

Aku tak tau nak tulis apa kat blog ini.Nak tido,tak boleh tidor.asyik teringatkan dia sahaja.Rindu barangkali sebab sudah lama tidak menghubungi dia. Rindu teramat sangat,entah kenapa walaupn dia layan boleh dikatakan teruk,tapi still,aih,tak tau nak cakap cam mana. Hendak sahaja aku telefon dia,tapi takut menganggu dia.Al-maklum lah,dia sudah ada pengganti baru.Dekat sikit nak dibandingkan dengan aku ini.Amat jauh...2x naik kapal terbang.

Adakah ini dikatakan Cinta atau hanya sekadar suka-suka sahaja? sebab dia laa juga telah menyembuhkan luka dihati ini yang disebabkan oleh bekas kekasih aku. Aku ada juga menceritakan how do i feel about her,then my friend conclude that, aku ini seorang yang suka memendam.Maybe betul,sebab tidak mahu ada orang yang terluka.Selagi aku boleh nampak senyuman diwajahnya sudah cukup bagi aku.:-)....Jiwang lah pulak pagi-pagi buta ini.

Kawan aku juga ada bertanya kepada aku,kenapa tak offer untuk try dengan dia,aku menjawab,takut dia belum bersedia dan pada masa itu pun aku 50-50 dan skg pn masih 50-50 lagi.Free-free kena dengan maki dgn kwn aku....hahaha....so stupid aku...

Tp aku rasa dia sudah bahagia dh sekarang dengan boyfriend yang baru.Orgnya pn handsome jugak,family ada business sendiri.Peminat pun ramai dan dia ambil berat tentang si 'dia'.

Banyak perkara aku yang aku rindu yang ada pada dia. Dia juga ialah orang ke-3 selepas Mak,ex aku mengenakan cubitan dilengan.Seronok teramat sangat....hahaha...tangan dia bagaikan tangan terminator,urat dawai,tulang besi.Bisa.Ari tu siap ada kesan lebam...Ingat nak buat kenangan,tp hilang lah pulak...haha...giler tul. Selalu jugak gi jalan-jalan/keluar mkn dgn dia. Dia juga byk memberi semangat dan idea sewaktu aku mmg down.

Aku masih ingat lagi dia,sewaktu dia hendak keluar dengan boyfriend dia,jumpa dgn bapak bf dia kot.Aku tengok,entah,xtau nak describe bagaimana. Tersangat cantik.Dengan baju merah yang aku pilih untuk dia,sehari sebelum itu dia beli.Aku speachless tengok dia...Bila jek balik,dia ckp,ada mamat indon asyik tengok dia jek.Aku gelak sakan.Katanya dia over dressing,tp bg aku ok jek kot.Bukan takat ok,tp kira masterpiece dari pilihan aku jugak.Hehe...

Tapi,orang kata jodoh ditangan tuhan.So lepas ini aku nak cari orang seperti dia dan entah kenapa rasa gembira apabila melihat dia gembira?kalau aku cintakan dia,sepatutnya ada perasaan cemburu,dengki ke haper ke.Maybe aku boleh percaya dengan boyfriend boleh jaga dia betul. Dia juga ada cete plan dia, sebelum kawin,dia nak beli kereta,nak beli rumah dulu.Then aku ckp,lambat lagi laa dia nak kawin cm tu.Hehe...

Cm mana laa keadaan dia sekarang erk?hope she is ok and happy with her boyfriend.Soon after our convocation,her boyfriend plan to engage with her and I am glad of it.

Aku tulis ini bukan untuk dia baca,tapi hanya luahan hati aku yang....

10 May 2008

My Sassy Girl


* Title: 猟奇的な彼女
* Title (romaji): Ryokiteki na Kanojo
* Also known as: My Sassy Girl
* Audio - Japanese
* Subtitle - English
* Year - 2008
* Genre - Romance, Comedy
* Episode - 1/? (still airing)

Cast

* Kusanagi Tsuyoshi as Masaki Saburo
* Tanaka Rena as Takami Riko
* Matsushita Nao as Asakura Minami
* Suzuki Emi as Kisaragi Haruka
* Yamada Shintaro as Goto Moichi
* Oishi Mitsuki as Hayashida Wakaba
* Chino Yuko (千野裕子) as Yue Asami
* Kokubo Rie (小久保利恵) as Shimaki Yui
* Kosse Koichi (コッセこういち) as Sone Masashi
* Ichige Yoshie as Hayashida Satsuki
* Matsushima Nahomi as Yutenji Yuzuko
* Tanihara Shosuke as Kazushima Kensaku
* Kamikawa Takaya as Natsume Keisuke

Synopsis

Based on the hit South Korean movie, My Sassy Girl, the character backgrounds and plot details will be changed for the drama. While the protagonists in the original film were college students, this time the pair will be a marine biology professor, Masaki Saburo, and Takami Riko, an aspiring writer.

Part 1 : http://www.megaupload.com/?d=PB3NGYPJ
Part 2 : http://www.megaupload.com/pt/?d=Q226LUAV
Part 3 : http://www.megaupload.com/pt/?d=3YDWW2FW

Subtitle : http://www.d-addicts.com/forum/viewtopic_60761.htm

Original Copy/Paste : Kelam-Kabut

09 May 2008

My Sassy Girl

Hari ini aku tidur awal subuh sebab tengah berhantu main online game Galaxy .Sambil-sambil tunggu kumpul resource, aku tengok lah cerita My Sassy Girl,best jugak tengok cerita ini. Dia menceritakan seorang perempuan yang suka membuli sorang budak lelaki,garang,namun perempuan ini suka membuli sebab ia teringatkan ex-bf yg telah meninggal setahun yang lalu.Best jugak cerita ini. Tengokan cerita ini dan jalan cerita dia,kemudian aku teringat cerita aku dulu-dulu. Aku pn dulu selalu kena buli dengan budak nie,coz dia baru sahaja putus dengan 'boyfriend' sebab...tak leh bagitau kat public.Hehe...


Sewaktu dia baru putus,memang dia garang,aku yang menjadi mangsa sebab aku rasakan aku kwn yg boleh dikatakan quite rapat dengan dia. Selalu kena cubit,kadang-kadang siap ada bekas lebam lg.Dianya tangan pergh,memang seperti tulang besi urat dawai. Sebab itu orang panggil dia Mrs. Crabby Patty. Some of my classmate maybe know who i am talking with,but others maybe not. But I feel weird, i feel enjoy when she nip me. Maybe it has been long time nobody nip me since my ex-gf. Hehe. Honestly I like her very-very much,but not as a couple,but as a friend.She got plenty idea and when trying to tackle other women,she give me an idea. But it never works,maybe because I am lack of courage to confront wif women,maybe.Hehe

The point of watching My Sassy Girl it make me think again if i follow the path of that story(My Sassy Girl) does I end just like the story ? maybe yes or maybe no.Or I was to sensitive?Maybe yes,maybe no :-)

08 May 2008

Jiwang Galaxy

2 hari ini aku asyik main game terbaru dari Jiwang Network. Game ini ialah online games n dianamakan Galaxy game. Game ini jenis strategy game,nak kata strategy tak jugak.Tapi lebih kepada pembangunan. Mula-mula rasa cam tak best jek game ini,tapi lama-lama best pulak game ini. Build itu,build ini.Hehe. Ini preview game dia. Nampak cam bosan,tp sebenarnya ianya menarik kalau paham game dia.


Korang jangan laa serang aku.Aku tengah nak naik nie..korang serang laa MC yang tengah top no 1

Kalau nak main boleh masuk sini Galaxy

04 May 2008

Kalau tak suka, pulangkan

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita", pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila-" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu-"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah" "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan- bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila-" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini."

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.." "Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak- anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum me! nghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

02 May 2008

1 Mei Aku Kena Tagged

apa benda kena tag nie?cm menarik jek...hehe....aku kena tag ng Xua

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

1) anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik
2) masih teruna lagik
3) pakai cermin mata
4) Kaki internet
5) Ada business kecik-kecilan
6) Menjadi tempat orang meluahkan masalah/perasaan.
7) Suka dengan Lional Messi dan Michael Owen


7 THINGS THAT SCARE ME:

1) Death
2) hilangnya orang yang tersayang
3) takde internet
4) 12 december every year
5) Cacat anggota
6) Kiamatnya dunia tidak sempat bertaubat
7) Hidup tidak diberkati


7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1) One Republic - Apolgjize
2) MCR - The Sharpest Lives
3) Hujan - Meninggalkan Aku Sendiri
4) Letto - Ruang Rindu
5) Michael Jackson - You Are Not Alone
6) Kaer - Izinkan Ku Pergi
7) Sum 41 - Pieces


7 THINGS I SAY THE MOST:

1) Assalamualaikum
2) Waalaikumussalam
3) Alhamdulillah
4) Insyallah
5) boring/bosan
6) cam mana erk nak buat?
7) Ok


7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1) My 3 Special Friends
2) myself
3) My Phamily
4) My Play Station Portable
5) Kenangan Sewaktu di University
6) Kenangan sewaktu 'bercerai'
7) My Laptop,speaker n sewaktu dengannya...


7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1) Pergi bangkok berusia darjah 4
2) Masuk Unisel
3) Bercouple (dulu-dulu)
4) Join/complote untuk Sang Unta punya birthday
5) Main rollercoster dengan Sang Unta dalam Times Square
6) Beli laptop pakai duit sendiri
7) Jalan kaki dengan emy di unisel dibawah cahaya matahari pada 28/3


7 PEOPLE TO DO THIS:

1) Hydolarc
2) Cik Izan
3) Eddie
4) SickBoo
5) Farid
6) Iced
7) Jamie