Hari Rabu baru-baru ini,bermula laa aku dok sorang-sorang dirumah. Parent aku pergi Kuala Lipis pergi jalan-jalan makan angin. So tinggal laa aku sorang-sorang dok rumah. Terasa best jugak duduk sorang-sorang kat rumah dan kadang-kadang rasa seram bila masuk masuk maghrib @ malam. Al-maklum lah,rumah besar,aku sorang-sorang dok rumah. Ingat nak ajak sang Tg. Ezran temankan aku cos bukan seram,tapi bosan bangat takde member nak borak2. Kalau aku borak seorang diri nanti ada orang kata aku gila pulak. Tapi nasib baik laa ada internet.
Aku pindah laptop aku bawak turun bawah bilik tv,main internet dengan tengok tv. Kebetulan pagi jam 2.45 ada ultimate game Final Champion League antara Chelsea Vs. Manchester United. Memang game pagi itu aku best gila. Walaupun aku tak support mana-mana team,tapi aku memang berharap Chelsea serang habis-habisan Man U. Aku tak kisah Man U ke menang,janji quality game itu ada. Itu yang balik best. Aku rasa kalau Liverpool vs Man U,memang tak best langsung dh comfirm Man U menang. Last previous game Liverpool kalah dengan Man U. Apapun congrats to Man U. Chelsea cuma takde luck.Kalah dengan sepakan penalti sahaja. Avant mmg patut dipecat.Huhuhu.Cari manager lain.
Kemudian aku tido sekejap dan bangun dalam pukul 8.30 sebab aku ada janji dengan Sue(budak poli) nak ajar dia cam mana nak design drainage pakai excel. Aku terlewat sedikit pergi office terus ilang.Huhu.Salah aku jugak sebab lambat datang pejabat. Ingat boleh jumpa supervisor aku,tapi dia pulak takde,Pergi Jabatan Pengairan Dan Saliran, ampes tul.Baca paper jap,kemudian balik sambung tidur. Tidur kejap jek.Dalam setengah jam sahaja.
Lepas tu bermula laa hari keboringan aku selama 2 hari yang berikutnya....Bosannya dok rumah sesorang
No comments:
Post a Comment