22 June 2009

Apa itu?


Apa itu?

Apa itu yang ditanda dibulatkan oleh kaler merah?

Alah,duit Rm50 rupanya...Bercakap duit tu. Kakak aku kasi pasal suh aku belikan baju raya untuk tahun nih. Hahaha...lawak. Pastu dia tanya,nak ke tak duit nih? Aku pn ambil arr duit tu. Orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Hehe. Betul tak? Jumpa 10sen dalam rumah pn aku kutip. Silap haribulan boleh penuh 1 botol 1liter air mineral kalau aku kutip 10sen dalam rumah aku disetiap penjuru. Hehe

Al-kisahnya aku nak cerita,bukan pasal duit RM50 tu. Tapi kenapa laa dia kasi Rm50 tu suh aku beli baju raya? Hurmmm... Aku rasa start tahun lepas laa. Aku dah takde feel dah untuk raya. Makin lama makin pudar semangat nak raya berbanding 2 @ 3 @ 4 tahun yang lepas. Al-maklum dah, usia dah meningkat katakan. Hehe. Kalau jadi budak-budak memang suka bila raya nih. Mesti dapat duit raya. Hehe. Baju raya tahun-tahun lepas pn masih ada lagi dan boleh lagi untuk dipakai. Huh, aku pakai jek lah mana baju raya yang ada.

Sekarang aku sudah tidak ada consultant seperti 2 tahun sudah. Kalau 2 tahun sudah aku ada consutant untuk pakaian aku. Huh, kaler itu kaler ini diaorang yang matchingkan. Aku beli jek coz aku tak tahu sangat pasal shopping nih. Duitnya ada,tapi tak tahu nak beli apa. Beli bila hanya betul-betul perlu.

K lah,sudah mengantuk mau tidor lagi. Adios

2 comments:

koscek said...
This comment has been removed by the author.
cHiN said...

aiyo. anti klimaks. aku mau baca lagi. aiyoooooo