03 June 2009

Beza Antara Suka Dan Cinta

Beza cinta & suka

by intheblanket

0- ejaan cinta adalah c'i'n't'a dan suka adalah
s'u'k'a

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Kita akan berahsia sesuatu dengan orang yang kita
cinta. Tapi kita akan berkongsi segala perkara kepada
orang yang kita suka.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila kita disamping orang yang dicintai, kita akan
mengawal perwatakan kita sampai merimaskan diri sendiri.
Tapi bila disamping orang yg kita suka, kita akan
merasa bebas bersama.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka

9- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

10- Bila kita dilamun cinta, kita akan ingat perkara
yang indah sahaja. Tapi bila kita menyukai seseorang,
kita akan ingat segala perkara bersama suka atau duka.

11- Bila kita ditanya adakah anda menyintai si dia,
kita berfikir jawapan yang tidak pasti. Tapi bila
ditanya adakah anda suka si dia, pasti jawapan yang
ringkas dibalas.

12- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


13- Bila kita bercinta dengan seseorang, kita beharap
orang yang kita cintai itu akan memahami diri kita
sendiri.Tapi bila kita bersama orang yang kita suka,
kita dapat memahami perasaan diri sendiri lebih dari
orang lain.

14- Orang kata cinta itu datang dari belajar dan suka
itu datang dari melihat. Kita akan mencari/belajar cara
mengambil hati orang kita cinta. Tapi kita hanya perlu
melihat pada orng yang kita suka.

15- Orang kata sayang itu datang dari perasaan cinta
antara satu sama lain, cinta itu pula datang dari
perasaan suka sama suka, manakala perasaan suka itu
datang dari mana???

16- Kita beharap orang yang kita cintai akan ingat
kita selalu. Tapi kita akan ingat orang yang kita suka
selalu.

17- Kita merasa beban/bertanggunjawab kepada orang
yang kita cintai. Tapi kita merasa bebas bila ketika
menyukai seseorang.

18- kita akan memikirkan nilai duit ketika keluar
bersama orang yang kita cinta. Tapi kita akan memikirkan
pekara yang hendak dibuat bersama orang yang kita suka.

19- Kadang-kadang kita akan terpikir samada betulkah
perassan cinta kita. Tapi bila kita suka seeorang kita
tidak akan terpikir.

20- Kita akan cuba mengelak dari mendengar masalah orang
yang kita cinta kerana kita ingin keindahan itu kekal.
Tapi kita akan mendengar rintihan orang yang kita suka
kerana kita berasa itulah perlu.

21- Kita belajar cinta itu "love" dan Suka itu
"like", adakah makna itu sampai seperti mana digunakan
diseberang sana.

22- kita tidak akan berkata saya cinta tengok cara
kamu berbuat demikian, sebaliknyer kita akan berkata
saya suka melihat kamu berbuat demikian.

23.a- Kita rasa janggal/pelik berkata yang kita cinta
kepada ibubapa kita. Dasarnya tanpa mereka tiada kita.

23.b- Sebaliknyer kita boleh berkata kita cinta
seseorang kepada seseorang yang tidak pernah tahu perit
melahirkan kita. Pikirlah seketika, mana lagi penting.

24- Kita tidak pernah terfikir/kenal apa itu cinta
dan suka, tapi kita gunakan sewenang-wenangnya. Pikir
dimanakah kita berada, diantara cinta atau suka???


No comments: