17 June 2009

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak


Bahan-Bahan:

BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa


BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)

BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.

Cadangan Hidangan: Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

Tambahan: Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Tetapi percayalah, laksa Sarawak merupakan laksa paling sedap berbanding laksa yang lain!

4 comments:

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hahah sangap mknan ke bang?

ZuL said...

lapar tentu sangap mknan... bile a nk btkn bang laksa sarawak?

ZuL said...

mentang2 laa aku xpnh mkn lagi...suka yek ko kenakan aku...takpew2 karen...seb baik ko gf abe...

nurizan said...

paksa ab suh pos kat ko dia nyer perencah tu zaag.. haha