30 July 2012

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawikh


Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih | Cara-Cara Sembahyang Tarawih | Doa-Doa Dalam Solat Tarawih | Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.

Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.


Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.






 
Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:


Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
-
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita merubut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan harap ditegur. Wallahualam.

27 July 2012

How To Determine Microsoft Office 2007 Version

Bagi yang tidak mengetahui bagaimana hendak mengetahui version microsoft office 2007 samaada microsoft itu adalah microsoft office 2007 enterpirse ke atau microsoft office 2007 blue edition atau student edition dan lain, di sini saya hendak share sedikit ilmu.

1) Buka microsoft office


2) Pilih Word Option seperti gambar dibawah
  


3) Pilih Resource sperti gambar dibawah



4) Selepas memilih Resource, ia akan kuar seperti gambar dibawah.


5) Tamat. Jika ada sebarang soalan, boleh post comment dibawah. Terima kasih

24 July 2012

Solat Sunat Tahajjud


Firman Allah SWT:
 
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)

Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w:
 
“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

Lafaz Niat :


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar
”Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
  
Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

3. Selepas solat dan memberi salam. Baca doa ini jika dapat. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.
 Maksudnya:

“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.”

4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.

Maksudnya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

5. Baca Penghulu Istighfar jika dapat.


Sementara tunggu subuh bolehlah zikir. Dan jika mahu tidur balik bacalah ayat-ayat berikut:

1. Ayat Qursi.
2. Surah Al-Ikhlas.
3. Surah Al-Falaq.
4. Surah An-Nas.

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.

Wassalam.

23 July 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri

Panduan Membayar Zakat

  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh  Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi  Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

Harga Fitrah RM 5.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram 
 
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)

Rahsia Seorang Penjaga Istana Buckingham

Penjaga istana Buckingham yang paling serius.Aku tidak pernah pergi sana.Cuma tengok dalam cerita Mr.Bean.Anda nak tahu tak selama ini kita ditipu oleh imej guard yang jaga istana itu?Anda mesti nak tahu kenapa dia pakai topi yang tinggi?Sebab.........


 ...............
 ..............
 .............
 ............
 ...........
 ..........
 .........
 ........
 .......
 ......
 .....
 ....
 ...
 ..
.

14 Amalan Sunat Ketika Berpuasa


1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan. Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”

22 July 2012

Kelebihan Bulan Ramadan





Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Imam Makkah Dijemput Untuk Solat Terawih

Imam Makkah Dijemput Untuk Solat Terawih: 4 orang Imam akan dijemput khas dari Makkah untuk menjadi imam solat terawih sempena bulan Ramadhan.


Berita mengenai jemputan imam-imam dari Makkah tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Menurut beliau imam-imam tersebut ialah Dr Suffian Ibnu Omar, Syeikh Fadi Muhammad Al-Batsyi, Syeikh Badrudin Ali Tomi Al Asyish dan Dr Ahmad As Sai’d.

Mereka bakal ditempatkan di 4 buah masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Masjid tersebut ialah Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

Menurut Othman, kedatangan mereka adalah hasil perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan pihak kedutaan Arab Saudi.

Free Blogwalking Software

Sekarang jam sudah menunjukan 1:57 minit pagi. Aku belum tadi dan sedang mencari-cari bagaimana hendak mempopularkan blog aku tanpa menulis post-post yang berunsur fitnah/kontroversi dan sebagainya. Hanya sebagai blog untuk menyebarkan maklumat disamping mencari pendapatan sampingan melalui iklaneka.

Ketika berjalan dari blog ke blog,aku terjumpa satu software yang dinamakan Blogwalking Software. Software ini adalah free dan dibuat oleh anak tempatan iaitu anak malaysia. Siapa berminat dan nak tahu siapakah anak tempatan yang telah membina software Blogwalking nie, sila download pada link dibawah

Mediafire : Blogwalking Software

Dengan adanya software ini tak perlu lagi nak ingat semua link2 blog dengan hanya 1 click sahaja boleh terus masuk blogwalking. Mudah kan?

P/S : Jangan lupa add juga blog ini :-) Terima kasih kepada yang mendownload

21 July 2012

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 2012/1433H

JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI JOHOR

JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI MELAKA


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI NEGERI SEMBILAN


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI PAHANG

JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI TERENGGANU

JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI KELANTAN


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI PERLIS


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI PULAU PINANG


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI KEDAH


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI PERAK


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI SELANGOR

JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI W/P LABUAN



JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI SABAH


JADUAL WAKTU IMSAK BERBUKA PUASA 2012 NEGERI SARAWAK

Sumber : JAKIM

Fadhilat Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.(HR al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis:

1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.

3. Agama Islam ialah agama yang mudah dan ia tidak membebankan umatnya dalam beribadat.Segera berbuka diberikan ganjaran pahala oleh Allah dan bukan sebaliknya.

Mari sambut harijadi mengikut kalender Islam





Sekarang banyak orang sambung harijadi mengikut kalender orang barat. Bila sampainya harijadi seseorang berbagai acara yang nak buat. Contohnya yang femes adalah meniup lilin pada kek jamuan makan-makan dan sebagainya. Amalam meniup lilin di atas kek itu sendiri sangatlah aku tentang kerana ia menyerupai amalam kaum majusi yang menyembah api.


Bagi yang berjauhan dan yang tidak sempat untuk pergi ke majlis harijadi hanya mengucapkan melalui facebook,twitter,google plus dsbnya.

Back to the topik lak, kita sebagai orang Islam sambut harijadi dengan menggunakan kembali kalender Islam. Kita puasa ikut kalender Islam,gi haji pn guna kalender Islam dan raya pun menggunakan kalender Islam.

Apa kata kali ini kita cuba sambut harijadi kita dengan menggunakan kalender Islam dan tidak menggunakan kalender barat.

So mula-mula kita kena convertkan tarikh lahir kita ke tarikh mengikut kalendar Hijrah. Boleh gunakan converter di SINI

Sebagai contoh, jika anda lahir pada 31 Mac 1979 maka the conversion result is: Saturday 3 Jumaada al-awal 1399 A.H.

Kemudian convertkan semula tarikh tersebut ke kalendar masehi mengikut tahun hijrah tahun ini iaitu 1433 Hijrah.

You entered: 3 / 5 / 1433

The conversion result is: Monday 26 March 2012 C.E. See? Instead of hari lahir jatuh pada 31 Mac, tahun ni ia jatuh pada 26 Mac pulak. Dan untuk tahun-yahun seterusnya pun sentiasa bertukar.
  • You entered: 3 / 5 / 1434 The conversion result is: Friday 15 March 2013 C.E
  • You entered: 3 / 5 / 1435 The conversion result is: Tuesday 4 March 2014 C.E
  • You entered: 3 / 5 / 1436 The conversion result is: Sunday 22 February 2015 C.E

TRIVIA
  1. Birthday kita untuk orang lain ingat, atau untuk kita sendiri ingat?
  2. Tahukah yang umur korang dalam pengiraan tahun masehi tidak semestinya sama dengan usia anda sekiranya dikira mengikut tahun hijrah?


Pelajar Malaysia di Syria akan dibawa pulang

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanahair dengan segera berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini. Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.
Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia.

"Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan," kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehingga kini, semua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajardan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalamkeadaan selamat.

Kementerian sekali lagi menggesa semua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.
Kementerian sudah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03-88874570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini. - BERNAMA

Sumber :  Berita Harian Online

Kelantan tumpas 0-5 kepada QPR




KELANTAN tumpas 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da Silva dan Anton Ferdinand.

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh penjaga gol QPR, Robert Green, lapor Bernama.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-41, namun peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin oleh  Indra Putra Mahayudin apabila sepakan derasnya tersasar.

Pada babak kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri pada minit ke-52.

QPR menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.

Bobby Zamora kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh Heidar Helguson pada minit ke-90.

QPR akan menamatkan prorgram Jelajah Asia mereka dengan menentang Kelab Liga Perdana Indonesia (IPL) Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia, Isnin ini.
Dalam pada ittu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

KELANTAN: Shahrizan Ismail, S. Subramaniam (Zairul Fitree Ishak), Obina Nwaneri (Ramzul Zahini), Nik Shahrul Azim, Daudsu Jamaludin, Mohd Shakir Saari (Rizal Fahmi), Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Emmanuel Okine), Norshahrul Idlan Talaha, Keita Manjou.
  
QPR: Robert Green, Anton Ferdinand, Fabio Da Silva (Murphy), Jamie Mackie, Hogan Ephraim, Armand Traore, Adel Taarabt, Clint Hill, Djibril Cisse
(Andy Johnson), Shaun Wright-Phillips, Samba Diakite.

Pecat Pengerusi Eksekutif, CEO Syabas

 
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mengemukan cadangan pemecatan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kepada Lembaga Pengarah syarikat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan dibuat selepas mereka tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan Syabas.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif Syabas sahaja adalah berjumlah sekurangkurangnya RM5.1 juta setahun.
 
"Kerajaan Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jawatankuasa Pemantauan Syabas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi ditubuhkan lanjutan daripada kenyataan dan cadangan Syabas untuk membuat catuan air.

Abdul Khalid berkata, cadangan tersebut adalah susulan hasil penelitian dan penyiasatan tiga hari yang dibuat oleh jawatankuasa itu .

Sumber : Sinar Harian 21 Julai 2012

20 July 2012

Hadith Palsu Kelebihan Tarawih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan. 


Source : Jabatan Agama Islam Selangor

Beruntungnya menjadi Seorang Isteri

Beruntungnya seorang wanita menjadi seorang isteri. Mudahnya dia mendapat pahala hanya dengan melayan suami. Tanggungjawabnya hanya lah kepada 3 perkara iaitu :

1) Patuh pada perintah Allah
2) Patuh pada suruhan Nabi Muhammad S.A.W

dan

3) Taat kepada suami.

Namun yang ke-3 itulah yang payah isteri nak jaga dan disebabkan tidak taat kepada suami lah ramai para isteri masuk kedalam neraka. 

Patuh pada perintah Allah mudah sahaja iaitu tutup aurat, sembahyang 5 waktu sehari semalam,puasa, gi haji dan lain. Tahu atau tidak Allah sayangkan wanita/isteri lebih dari orang lelaki kerana Allah Bagi Cuti (ABC). Bila Allah S.W.T bagi ABC, mereka tak payah sembahyang dan tak payah Qada,pahala dapat free, sedangkan laki-laki/suami kena sembahyang 5 waktu sehari semalam. Takde cuti even time sakit terlantar pun diwajibkan sembahyang. Orang perempuan tak perlu pi sembahyang Jumaat tapi boleh sembahyang dirumah dan jika ketika suami sedang sembahyang berjemaah di masjid pada hari Jumaat, orang perempuan mendapat pahala lebih dari suami apabila menyediakan makanan untuk suami. 

Dosa pula mereka tidak menanggung dosa tapi ditanggung oleh bapa atau suami mereka. Alangkah bahagianya orang perempuan pahala cukup senang untuk dapat. Jaga anak dapat pahala,bersedekah pada suami dapat pahala.Suami wajib kena bagi nafkah kepada Isteri. Kalau berjihad hanya dengan melahirkan anak untuk suami tercinta,tapi suami,kena pergi berperang baru dapat pahala jihad dan klu mati syahid, isteri yang meninggal semasa melahirkan anak dikira sebagai mati syahid. Maka syurga lah jawapanya. Jikalau Si isteri meninggal dengan mendapat keredaan suami, syurgalah jawabnya.Buat air suami pn dapat pahala setahun,klu suami buat air kepada lelaki pahalanya tidak sama dengan pahala isteri


Didalam Al-Quran juga terdapat surah tentang wanita iaitu Surah Al-Nisa. Didalam Al-Quran tidak ada surah khas untuk lelaki. Lihatlah betapa sayangnya Allah S.W.T kepada kaum wanita

tapi

dengan kelebihan inilah kaum wanita sentiasa lupa. Selalu lupa dengan tanggungjawab seorang isteri/anak melayan suami/ayah. Tanggungjawab seorang isteri hanyalah kepada suaminya, tidak lagi kepada ibubapanya berlainan dengan suami, tanggungjawabnya masih terikat lagi dengan ibubapanya dan tanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri. Maka semasa suami masih hidup,buat lah amal melalui suami ketika dia masih ada. Jika suami meninggal dalam keadaan tidak redha kepada si isteri maka Syurga @ Neraka masih dalam tanda tanya. Pada masa itu menyesal sudah tidak berguna.

18 July 2012

Pahala dan Ganjaran menunaikan Solat Tarawih

1. Pada hari pertama seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.

2. Pada malam kedua, diampunilah dosanya dan dosa kedua orangtuanya jika mereka adalah orang mukmin

3. Pada malam ketiga, berteriaklah malaikat dari bawah arasy:Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu

4. Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran

5. Malam kelima,diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa

6. Malam keenam,diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir

7. Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman

8. Malam kedelapan Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.

9. Malam kesembilan seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW

10. Malam kesepuluh dikurniai Allah kebaikan dunia akhirat

11. Malam kesebelas, ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya

12. Malam kedua belas, ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama

13. Malam ketiga belas, akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan

14. Pada malam keempat belas, ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab

15. Malam kelima belas, pada malaikat membacakan salawat untuk dia

16. Malam keenam belas, Allah mencatat kebebasannya dari api neraka

17. Malam ketujuh belas, diberi pahala nabi-nabi

18. Malam kelapan belas, ia dipanggil oleh malaikat :Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu

19. Malam kesembilanbelas, Allah mengangkat darjatnya dalam syurga firdaus

20. Malam keduapuluh , diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh

21. Malam keduapuluh satu, Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga

22. Malam keduapuluh dua, tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati

23. Malam keduapuluh tiga, dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga

24. Malam keduapuluh empat, dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya

25. Malam keduapuluh lima, dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur

26. Malam keduapuluh enam, diberinya pahala empat puluh tahun

27. Malam keduapuluh tujuh, ia akan melewati sirat secepat kilat

28. Malam keduapuluh lapan, akan diberinya seribu tingkat di syurga

29. Malam keduapuluh Sembilan, diberi Allah pahala seribu kali perjalanan haji yang makbul

30. Malam ketigapuluh, berfirman Allah kepadanya, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar,Aku tuhanmu dan engkau hambaKu.

10 July 2012

Doa mohon petunjuk dan kejayaan

Robbana atina mil ladunka rahmatau wa hai yik lana min amrina rashada

Baca ayat Kursi sebelum tidur

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

P/S : Selain itu juga digalakan membaca surah 3 Qul sebelum tido untuk mengelakkan dari diganggu syaitan. 

09 July 2012

Peluk Islam kerana tertarik layanan Islam terhadap ibubapa

Seorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam.
Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.

Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.
Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.

Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?

Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?

Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.

Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.

Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.

Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan kesejahteraan mereka.