✿ Wahai anakku, janganlah dirimu lebih hina daripada ayam jantan yang berkokok menjelang fajar sedangkan dirimu masih berada di atas tilammu.
✿ Wahai anakku, janganlah melewat-lewatkan taubat, kerana kematian dating secara tiba-tiba.
✿ Wahai anakku, tidak pernah diriku menyesal kerana berdiam diri kerana andainya bercakap itu perak, diam itu emas.
✿ Wahai anakku, jadikanlah dirimu bersama ulama, dengarlah perkataan hukama, kerana Allah s.w.t. menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana bumi dihidupkan dengan hujan yang lebat.
✿ Sesiapa yang berdusta, hilanglah kemuliaan air mukanya.
✿ Sesiapa yang berakhlak buruk, hidupnya penuh kedukaan.
✿ Memindahkan batu dari tempatnya lebih mudah daripada usaha memahamkan orang yang tidak mahu faham.
✿ Wahai anakku, pernahku membawa bongkah besi, namun itu tidak berat berbanding menanggung kerenah jiran yang buruk akhlaknya.
✿ Wahai anakku, sebaik sahaja dirimu berada di dunia ini, bermakna dunia berada di belakangmu dalam perjalananmu ke akhirat. Semakin jauh dirimu melangkah, semakin dekalah dirimu ke akhirat.
✿ Wahai anakku, perbanyakkanlah istighfar sepanjang masa kerana masa andainya berlalu tidak mungkin kembali lagi.
✿ Wahai anakku, elakkan berhutang kerana hutang menjadi symbol kehinaan waktu siang, membawa kedukaan waktu malam.
✿ Wahai anakku, bergantung haraplah kepada Allah kerana ini mengelak dirimu melakukan maksiat terhadap-Nya, dan takutlah Allah serta tidak berputus harap akan kerahmatan-Nya.
✿ Wahai anakku, dunia ini ibarat lautan yang dalam: ramai yang telah karam. Binalah bahteramu dengan takwa, pengikatnya iman manakala layarnya tawakal terhadap Allah, semoga dirimu selamat.
✿ Wahai anakku, sesungguhnya Allah apabila diamanahkan kepadanya pasti Dia menjaganya.
✿ Wahai anakku, jangan hidup secara berpura-pura kerana perbuatan itu menimbulkan ketakutan waktu malam, dan kecelaan waktu siang.
✿ Wahai ankku, selepas beriman kepada Allah, carilah sahabat yang baik. Sahabat yang baik itu seperti pohon tamar, dirimu berlindung di bawahnya ketika panas, pohonnya dijadikan bahan api apabila perlu dan buahnya lazat dimakn.