21 July 2012

Kelantan tumpas 0-5 kepada QPR




KELANTAN tumpas 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da Silva dan Anton Ferdinand.

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh penjaga gol QPR, Robert Green, lapor Bernama.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-41, namun peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin oleh  Indra Putra Mahayudin apabila sepakan derasnya tersasar.

Pada babak kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri pada minit ke-52.

QPR menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.

Bobby Zamora kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh Heidar Helguson pada minit ke-90.

QPR akan menamatkan prorgram Jelajah Asia mereka dengan menentang Kelab Liga Perdana Indonesia (IPL) Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia, Isnin ini.
Dalam pada ittu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

KELANTAN: Shahrizan Ismail, S. Subramaniam (Zairul Fitree Ishak), Obina Nwaneri (Ramzul Zahini), Nik Shahrul Azim, Daudsu Jamaludin, Mohd Shakir Saari (Rizal Fahmi), Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Emmanuel Okine), Norshahrul Idlan Talaha, Keita Manjou.
  
QPR: Robert Green, Anton Ferdinand, Fabio Da Silva (Murphy), Jamie Mackie, Hogan Ephraim, Armand Traore, Adel Taarabt, Clint Hill, Djibril Cisse
(Andy Johnson), Shaun Wright-Phillips, Samba Diakite.

No comments: