Hadith :
|
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika Rasulullah SAW
terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara
lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:”
Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.” (H.R al-Bukhari)
|
Huraian
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu.
Contoh malu
tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh
al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi.
Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat
keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.
Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji.
Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat
sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu
melakukan hal-hal yang positif.
Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku
adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia
daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak
mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau
hampir mati imannya.
|