21 July 2012

Fadhilat Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.(HR al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis:

1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.

3. Agama Islam ialah agama yang mudah dan ia tidak membebankan umatnya dalam beribadat.Segera berbuka diberikan ganjaran pahala oleh Allah dan bukan sebaliknya.

No comments: